Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 23 Jun 2014

SETIAP PRODUK ADA PENGARUHNYA




Setiap produk yang ditawarkan pasti mempunyai pengaruhnya yang tersendiri. Produk yang sama tapi jenama yang berbeza sudah pasti mampu memberikan impak yang besar kepada bakal pembeli atau pelanggan. Faktor harga sememangnya memainkan faktor utama dalam menentukan penerimaan di samping kualiti dan mudah gunanya sesuatu produk yang ditawarkan. Seseorang yang menjual sudah pasti menjadikan produk yang ditawarkan adalah sesuatu yang cukup relevan dengan mereka untuk mudah bagi mereka menerima apa yang ditawarkan.

Apa yang dimaksudkan sesuatu produk tersebut mempunyai pengaruhnya yang tersendiri hanyalah disebabkan kerana

i.             Pengalaman seseorang
Hanya disebabkan pernah menggunakannya dan merasa serasi dan seronok lalu tanpa perlu mendengar lebih lanjut terus sahaja menerima tawaran yang dikemukakan. Cukup mudah dan senang hanya dari pengalaman dari dirinya sendiri. Sesuatu yang baik sudah pasti memberikan impak yang positif kepada kita.

ii.           Hebahan mulut
Penceritaan seseorang atas pengalamannya pada produk yang telah digunakan dan cukup memuaskan hatinya akan disebarkan pula kepada rakan dan kenalannya pula. Promosi percuma ke atas produk kita, tiada sebarang bayaran perlu dibayar hanya memastikan produk yang ditawarkan adalah terbaik dalam pasaran. Bila produk sudah mula riuh diperkatakan sudah pasti cukup mudah mendapat sambutan dengan senangnya.

iii.          Cerita sedikit tahunya banyak
Baru sahaja nak menceritakan produk yang ditawarkan rupanya mereka lebih banyak mengetahuinya dari kita. Terus-terusan mudah diterima tanpa perlu mengulasnya dengan lebih lanjut lagi. Produk yang telah diketahui ramai lebih mudah dijual dari produk yang majoritinya masih ramai yang tidak mengetahuinya. Itulah perbezaannya antara produk ‘glamer’ ataupun tidak

iv.          Pengiklanan dan promosi
Syarikat pengeluar mengadakan pengiklanan dan promosi secara berterusan dan konsisten yang sedikit sebanyak boleh menimbulkan pengetahuan kepada mereka yang di luar sana. Sifat ingin tahu manusia sudah pasti sedikit sebanyak mampu memberikan kesan kepada produk yang kita tawarkan. Lagi kerap pengiklanan dan promosi dilakukan lagi ramai yang ingin mengetahuinya dengan lebih mendalam lagi tentang produk yang dinyatakan.

v.            Harga yang mampu diterima
Faktor penting pada produk sesuai dengan kualitinya yang ditawarkan. Harga sememangnya boleh mempengaruhi seseorang sama ada untuk menerimanya ataupun tidak. Kerana itu sebelum penawaran dilakukan fikirkan harga yang bersesuaian sama ada harga yang ditawarkan mampu milik atau tidak mengikut sasaran pelanggan yang dimahukan.

Mudah menjual pasti memberi kesan kepada kita dalam memastikan produk yang dijual diterima dengan senang dan mudah. Keterbukaan mereka untuk menerimanya kadang-kadang bukan kerana kita hebat dalam melakukan jualan tetapi sebenarnya produk yang ditawarkan ada nama dalam pasaran. Pergunakan sebaik mungkin ambil kesempatan yang ada pada produk untuk memudahkan lagi kita melakukan jualan. Tak pandai pergunakan apa yang ada sampai bila-bila pun kita akan merasa sukar dan susah pula untuk menjual.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan