Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 26 Jun 2014

PELUANG YANG HADIR




Menghidu setiap peluang yang datang, hadir dan menjelma perlu ada walaupun berada di hadapan mata. Jangan dilepaskan apatah lagi dibiarkan begitu sahaja. Kena pandai dan cekap untuk menghidunya dan mendapatkannya. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tangkap dan cekup sahaja kerana siapa cepat dia dapat. Bukan untuk mengeluh atau memberi peluang kepada orang lain terlebih dahulu. 

Oportuniti yang hadir dan menjelma bukan selalu boleh datang dua atau tiga kali menjelma di hadapan kita begitu sahaja. Kerana itu perlu segera dan dipercepatkan agar tiada penyesalan boleh berlaku dan terjadi di kemudian hari.

Teruskan jangan dibiarkan. Sekali gagal sampai bila-bila kita akan gagal. Yang menyesalnya nanti adalah kita sendiri dan bukannya orang lain. Dalam memastikan peluang yang datang dan menjelma berjaya kita hidu dan kesan adalah dengan melakukan

i.             Sentiasa peka dan sensitif dengan apa yang berlaku dan terjadi. Setiap apa juga walaupun tidak membabitkan diri kita perlu ambil tahu kesan dan faedahnya pada jualan kita. Jangan abai apatah lagi dibiarkan. Ambil tahu ambil berat agar kita sentiasa mengetahui segala kemungkinan boleh kita pergunakan dengan sebaik mungkin.

ii.           Pantau apa juga keadaan yang boleh memberikan pulangan yang baik buat kita. Dah tahu ambil berat segera umpama pembaca radar yang sentiasa memastikan ruang udara tidak di ceroboh oleh siapa pun juga.

iii.          Bertindak pantas dan segera umpama trak penunda yang mengambil dan menghantar kenderaan dalam kecemasan ke bengkel untuk di baiki segera. Lambat bertindak sudah pasti mudah pula dikebas oleh pesaing.

iv.          Kerana suka bertangguh hilang segala peluang yang menjelma. Ada peluang gerak dan tangkap cepat. Jangan biarkan pesaing yang menjadi hero. Sepatutnya kita yang hero bukannya mereka. Bukan membabi buta tetapi memastikan hak mutlak itu adalah kita punya.

v.            Bertindak mengikut maklumat dan bukannya mengikut gerak hati. Setiap oportuniti yang menjelma pasti ada maklumat asas yang kuat untuk kita bertindak. Ikut rasa pasti tiada asasnya untuk kita mencapai apa yang kita mahukan.

Bertindak dengan sebaik mungkin tanpa hiraukan apa juga kemungkinan yang berlaku. Peluang yang datang dan hadir mungkin tidak akan hadir secara berulang. Dapat sahaja ambil dan tangkap segera. Lakukan jualan kena ada tindakan cepat dan cekap kemahirannya tanpa biarkan berlalu begitu sahaja. Nak dapatkan pun sukar ini kan pula sudah terhidang di hadapan mata. Tunggu apa lagi bertindaklah segera mencari setiap inci oportuniti yang mungkin menjadi hak mutlak milik kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan