Perancangan yang betul sudah pasti menghasilkan keputusan yang diingini.
Bila ada perancangan yang sepatutnya sudah pasti perancangan yang dilakukan
akan dibuat mengikut kemampuan kita melakukannya. Semuanya kena bermula dengan
perancangan agar apa juga yang kita kehendaki dan mahukan sudah pasti di
penghujungnya nanti kita masih mampu untuk meraih dan mendapatkan apa yang kita
hajatkan selama ini.
Ramadhan telah menjelma, sudah kah kita merancang dengan baik dan berkesan?
Merancang dalam memastikan apa juga yang dikehendaki mampu dan boleh dilaksanakan
mengikut kapasiti kemampuan kita melakukan. Sentiasa beringat dan sedar agar
tidak habiskan terlalu banyak waktu kita kepada berharap memiliki apa yang
tidak kita mampu untuk miliki. Sehingga kita menjadi lupa untuk menikmati apa
yang kini telah kita miliki. Sudah kah kita merancang di bulan Ramadhan ini
dengan memastikan
i.
Berapa ramai bakal pembeli atau pelanggan
yang perlu di temui
ii.
Berapa ramai sehari boleh kita menelefon
mereka untuk dapatkan temu janji
iii.
Dalam sehari berapa banyak presentasi boleh
dilakukan
iv.
Bersedia kah kita melakukan solat sunah
Dhuha sebanyak 4 rakaat setiap hari
v.
Berapa helai Al-Quran perlu kita di baca
dan di waktu bila paling bersesuaian
vi.
Pukul berapa sesuai untuk tidur bagi
memastikan waktu solat tahajud dan bersahur mampu kita lakukan
vii.
Di mana boleh berbuka puasa ? Cukup kah
sekadar meraikan pelanggan bersama kita, memenuhi mana-mana undangan, bersolat
berjemaah di masjid atau sekadar di rumah sahaja?
viii. Sempat kah
untuk menunaikan solat tarawih secara berjemaah di rumah-rumah Allah?
Lakukanlah perancangan dengan sebaik-baiknya. Di mana ada kemahuan sudah pasti di situ ada
jalannya. Lakukanlah perancangan yang sebaik-baiknya agar segala tindakan kita
memudahkan lagi usaha-usaha kita untuk berjaya bukan setakat di dunia sahaja
tetapi untuk akhirat sama. Tiada yang mustahil asalkan mahu untuk melakukannya
sudah pasti Allah akan per mudahkan kesemuanya asalkan niat dan doa kita pada
Allah sentiasa ikhlas dan bersungguh memintanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan