Kita ini
manusia biasa. Kena akui perkara ini terlebih dahulu kerana sudah pasti kita
tidak akan dapat lari dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan walaupun
hanya satu perkara yang dianggap kecil sahaja. Hanya Nabi Muhammad SAW sahaja
yang maksum bukannya kita. Akui hakikat ini kerana kita sudah pasti tidak mampu
untuk memberi kesempurnaan seperti mana yang dimahukan. Penting buat kita yang
melakukan jualan agar tidak memberikan sebarang alasan sebegini ketika menjual
kerana ini sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan akan memandang rendah atas
keupayaan sebenar kita.
Berikan
yang terbaik. Apabila telah sedari terdapat wujudnya kesilapan atau kesalahan
walaupun sekecil zarah sekalipun lakukan perkara-perkara seperti berikut membetulkan
semula apa yang telah kita lakukan dan per lakukan dengan cara
i.
Jangan gabra, gelisah dan bimbang mahupun
pucat tak tentu fasal. Terima apa yang telah kita lakukan dengan hati yang
terbuka.
ii.
Akui kesilapan atau kesalahan yang telah
dilakukan. Memang pedih telinga tapi terima sahaja dahulu. Terdapat banyak
hikmah nya yang mungkin tidak kita ketahui.
iii.
Mohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan
yang telah dilakukan walaupun ia nya kecil. Tak jatuh maruah pun kalau kita
minta maaf tapi sebenarnya akan lebih dihormati oleh penerima maaf kalau kita yang
memulakan kemaafan terlebih dahulu.
iv.
Muhasabah semula fikirkan
sedalam-sedalamnya mencari solusi agar kesalahan dan kesilapan yang dilakukan
tidak berulang dan dilakukan lagi di masa hadapan
v.
Elakkan sedaya upaya dari melakukan
sebarang kesilapan dan kesalahan yang berulang. Belajar dari pengalaman sendiri
dan orang lain sama. Berusaha secara bersungguh-sungguh agar kesempurnaan boleh
dan mampu untuk dilakukan.
Menjual
kena ada keikhlasan dan kejujuran. Adanya keikhlasan dan kejujuran sudah pasti
kesalahan dan kesilapan dapat kita sifar kan atau minimumkannya. Kita mahukan penutupan jualan
dan bukannya mahu menunjukkan betapa hebatnya kita melakukan jualan. Semakin
banyak penutupan jualan semakin hebat sebenarnya kita melakukan jualan. Semakin
hebat kita melakukan jualan semakin kurang kita melakukan kesalahan dan
kesilapan. Semuanya bergantung pada pengalaman yang telah kita lalui untuk kita
perbetulkan setiap kali kita melakukan jualan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan