Menjual bukan setakat
bercakap sahaja. Perlukan kepada mendengar. Kena ada kemahiran belajar untuk
mendengar dan fahami apa yang mereka perkatakan. Bukan disuruh untuk membisu
sahaja tetapi perlukan interaksi pada mendengar dengan lebih tekun dan beri
tumpuan sewajarnya. Selagi kita tidak mendengar selagi itulah segala
permasalahan dan kemahuan mereka tidak akan kita fahami dan ertikan sama
sekali. Bukan rugi pun cuma yang rugi nya kita masih tidak pergunakan kebolehan
kita untuk mendengar.
Dengar sahaja. Mencelah
untuk mengetahui lebih lanjut lagi dan ciptakan seberapa banyak soalan yang
berkaitan agar mereka bakal pembeli atau pelanggan mahu bercakap dengan apa
yang kita mahukan sebenarnya. Pendengaran kena baik dan elok untuk fahami
setiap bait-bait percakapan yang diutarakan. Mendengarlah walau apa keadaan
sekalipun apabila
i.
Mereka sedang bercakap
ii.
Mereka sedang marah sekalipun
iii.
Mereka sedang mengeluh dan merungut
iv.
Mereka mahu kita mendengarnya
v.
Mereka timbul rasa tidak puas hati kerana apa sahaja
vi.
Mereka mahu kita memihak kepada mereka
vii.
Mereka tidak yakin dan percaya dengan apa yang kita perkatakan
viii.
Mereka merasakan kita tidak jujur dan ikhlas pada mereka
ix.
Mereka meluahkan apa yang tersimpan selama ini
x.
Mereka mula percaya dan yakin kepada kita
Dengar dengan teliti dan
cermat. Tidak mudah mengatakan tidak faham atau tidak memahaminya kerana
mungkin boleh melukakan hati dan perasaan mereka. Berhemah dan bersopan dalam melontarkan
soalan-soalan kepada mereka agar setiap soalan yang diberikan tidak menyentuh
tentang keperibadian mereka pula. Tugas utama kita untuk menjual dan bukannya
untuk mengorek rahsia kehidupan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan