Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 22 Jun 2014

HANYA SUKA-SUKA JE.....




Perangai yang sering dikesan yang boleh mendatangkan impak negatif adalah sikap suka mencuba-cuba. Dalam melakukan jualan baik secara online atau offline suka sangat berperangai melakukan secara cuba-cuba sahaja. Saja nak ‘Test Market’ namanya. Melakukan percubaan demi percubaan dalam melariskan jualan tidak mengapa tapi kalau setakat nak cuba-cuba sesuka hati dikhuatiri nanti boleh menjejaskan nama baik kita dan produk pula

Mungkin ada yang mengatakan buat permulaan tidak mengapa kerana ingin mencuba terlebih dahulu. Dah berjaya barulah boleh serius untuk terjun dalam bidang yang dicubanya itu. Inilah masalahnya yang harus kita selesaikan segera. Bidang jualan bukan seperti bila angin bertiup habis berterbangan debu-debu yang ada tetapi sebenarnya adalah seperti satu tiang konkrit yang kukuh buatannya sampai bila pun cukup sukar untuk dilenturkan.  Inilah bidang jualan yang terpaksa dibawa sekali nama produk dan diri kita dalam membina keyakinan dan kepercayaan prospek bakal pembeli atau pelanggan yang dihubungi dan ditemui. Mahu cari makan pun kena lakukan betul-betul bukannya seperti bermain permainan monopoli.

Setakat suka-suka dahulu bila dah berjaya baru suka seterusnya perlu difikirkan semula. Melakukan jualan bukan seperti membaiki enjin kenderaan yang boleh suka-suka untuk dibaiki. Kena ada kemahiran dan tanggungjawab untuk membaikinya. Adanya pengetahuan pasti semakin mudah untuk membaiki dan per elokkan lagi enjin tersebut. Begitulah juga dengan jualan, pengetahuan amat penting bagi membentuk kemahiran dan tanggungjawab untuk melakukannya.

Jangan pandang mudah dengan melakukan jualan. Silap langkah, ‘report’ polis pun orang boleh lakukan hanya atas kecuaian kita melakukan jualan disebabkan kelewatan penghantaran, salah memberikan maklumat yang mereka mahukan atau adanya unsur penipuan telah berlaku. Semuanya perlu dilakukan secara serius dan bersungguh-sungguh dan bukannya main-main sahaja. Fokus dalam melakukan jualan dengan penumpuan yang jelas dan betul memastikan setiap jualan yang dilakukan mendapat persetujuan dari bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui. Menjual tiada istilah dalam nak cuba-cuba sahaja melakukannya tetapi perkataan bersungguh melakukannya kena ada agar setiap kali melakukan jualan sudah pasti kita mampu mendapatkan kejayaan walau produk apa pun yang kita jual dan tawarkan.

Sabda Rasulullah SAW bersabda ‘Jujurlah kerana sesungguhnya kejujuran menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan kepada syurga’ (Hadis Riwayat Bukhari).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan