Nak hilangkan stress atau nak hilangkan penat pasti akan duduk melepak
dahulu. Tak kiralah sama ada duduk di kedai kopi, berdiri sambil menyandar di
dinding pejabat atau duduk termenung di kaki lima jalan sudah pasti ada yang
mahukan ‘take five’ boleh berlaku dan terjadi. Bukan nak membuang masa atau termangu
begitu sahaja tapi kalau cerdik dan bijak orangnya sudah pasti akan melakukan
perkara-perkara berikut walaupun berehat seketika seperti
i.
Melihat sekeliling memerhatikan
peluang-peluang yang ada
ii.
Menilai semula apa yang telah kita lakukan
sama ada betul ataupun tidak
iii.
Asalnya niat nak berehat dan basahkan tekak
duduk di kedai kopi ambil kesempatan dan peluang mempelawa sekali
pelanggan-pelanggan yang berdekatan untuk ‘join’ sekali
iv.
Memikirkan semula tindakan-tindakan yang
bakal dilakukan
v.
Rancang balik supaya kekemasan dalam
tugasan boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin
vi.
Persiapan yang rapi kena dilakukan semula
agar tiada apa-apa yang tercicir boleh berlaku dan terjadi bila bertemu dengan
bakal pembeli atau pelanggan
Nak yang terbaik kena lakukan yang terbaik pada diri kita dahulu. Bukan
main hentam begitu sahaja. Nak berehat pun otak kena fikir apa tindakan paling bijak
dan terbaik untuk kita dapat lakukan. Jangan mengeluh dan merungut kerana dah
menjadi kerja yang perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Niat yang ikhlas
dan jujur tidak berkira dan menunjuk sudah pasti ada keputusan yang baik yang
pasti boleh kita kecapi dengan apa yang kita mahukan. Kena sentiasa di semai
dalam hati bahawa Allah melihat apa tindakan yang kita lakukan bukan satu
keputusan akhir yang di lihat oleh Allah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan