Macam-macam yang telah dialami apabila menjual semasa berlangsungnya demam
Kejohanan Piala Dunia. Majoritinya lelaki peminat setianya. Paling hebat
menurut kajian Sijil Sakit (MC) begitu banyak di keluarkan semasa kejohanan
Piala Dunia ini berlangsung. Apa tidaknya dari jam 12 tengah malam sehingga
permainan tamat sehingga jam 8 pagi. Sehari ada 3 perlawanan yang perlu di
tonton. Maklumlah 4 tahun sekalilah kejohanan ini berlangsung maka tumpuan pada
perlawanan perlu diberikan dengan sepenuh hati.
Antara pengalaman-pengalaman sedih mungkin juga lucu yang telah di lalui
adalah
Senario 1
Pertemuan di lakukan. Terkejut dengan bakal pembeli atau pelanggan yang di
temui dengan mata yang merah, muka agak kusam tiada keceriaan dengan mood yang
kurang baik hanya semata-mata berjaga malam menonton perlawanan bola sepak.
Bercerita tentang perlawanan bola sepak cukup bertenaga untuk berinteraksi
tetapi bila masa untuk menjual langsung hilang semangat seolah-olah bercakap
dengan dinding lah pula apabila nak menjual.
Senario 2
Pertemuan telah di tetapkan. Bersemangat untuk bertemu dengan bakal pembeli
atau pelanggan. Tanpa memaklumkan kepada kita tiba-tiba sahaja apabila sampai
ke premis mereka amat menyedihkan kerana terpaksa di batalkan pertemuan
tersebut hanya di sebabkan mengambil cuti sakit. Terpaksalah menghubungi bakal
pembeli atau pelanggan tersebut menetapkan tarikh lain pula untuk bertemu.
Senario 3
Dalam masa berinteraksi dengan mereka untuk tujuan persembahan dan sesi
penerangan tiba-tiba sahaja bakal pembeli atau pelanggan terlelap begitu sahaja
tanpa memikirkan kehadiran diri kita. Kalau setakat menguap sahaja boleh tahan
juga tapi terus terlena memejamkan mata begitu sahaja.
Senario 4
Persetujuan mengadakan taklimat pada sebuah premis perniagaan pada
kakitangan-kakitangan yang ada seramai 30 orang telah di adakan di hadapan cuma
2 orang sahaja hanya di sebabkan ramai yang memilih untuk tidur di masa rehat,
mengambil cuti sakit dan hilang begitu sahaja. 2 orang yang hadir itu pun
hanyalah disebabkan tidak berminat dengan bola sepak.
Senario 5
Lebih berminat bersembang dan bercerita tentang bola dan menutup terus
kisah perbualan jika menyentuh tentang hal yang lain. Seolah-olah satu gangguan
amat besar jika kisah berkenaan bukanlah kisah bola dan pasukan kegemarannya.
Senario 6
Pernah di halau begitu sahaja hanya kerana mengantuk. Seolah-olah melihat
‘zombie’ lah pula berada di hadapannya. Memenatkan kerana temu janji telah di tetapkan
namun terpaksa dibatalkan pula sebegitu sahaja.
Kisah benar apa yang telah diceritakan kepada saya oleh rakan-rakan yang
menjual...... mungkin satu ujian Allah yang perlu kita lalui dan tempuhi dengan
segala kesabaran, ketabahan dan ketenangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan