Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 15 Jun 2014

SUMBER TARIKAN UTAMA




Mencetuskan semangat untuk melakukan jualan mesti ada. Membantu dan menolong seseorang dalam menyelesaikan masalahnya adalah bagaimana untuk merangsang mereka supaya lebih tertarik dan mempercayai tindakan kita dalam menjual.  Itu bagi merangsang dan berikan tarikan pada bakal pembeli atau pelanggan tapi sebenarnya apa yang boleh merangsang orang yang menjual supaya boleh lakukan jualan seperti mana yang diharapkan?

Semuanya memerlukan satu dorongan dan penyebab yang kuat untuk orang melakukan jualan. Tak lain dan tak bukan adalah wang ringgit sebagai satu dorongan dan pencetus paling kuat kenapa semakin rajin dan bersemangat untuk meningkatkan lagi jualan. Ramai yang menjadikan jualan sebagai satu karier yang tetap sebagai satu sumber mencari rezeki dan memenuhi  segala impian yang di mahukan. Tidak kurang juga mereka yang menceburinya secara sambilan atau ‘part time’ demi memastikan juga bagi menampung kehidupan dan menambah pendapatan yang sedia ada.

Begitulah hebatnya pengaruh wang ringgit sebagai ganjaran dan imbuhan yang perlu untuk semua orang nikmatinya. Bukan untuk mengajar seseorang menjadi semakin tamak dan mementingkan diri sendiri tetapi inilah sumber terbaik bagi menggalakkan seseorang melakukan jualan mengejar apa yang mereka mahukan selama ini. Lagi tinggi pendapatan yang mereka peroleh lagi tinggi semangat mereka untuk melakukannya. Sememangnya wang ringgit adalah satu sumber tarikan yang begitu kuat kenapa begitu ramai yang mahu untuk melakukannya.

Begitulah hebatnya jika bayaran yang diterima adalah setimpal atau banyak melebihi apa yang dijangkakan. Semuanya amat mempengaruhinya tidak kita siapa sebenarnya kita. selagi mampu untuk melakukannya sudah semestinya wang ringgit adalah sumber tarikan utama bagi menjadikan tugasan jualan cukup ramai yang mahu menceburinya. Berikan yang terbaik agar kita mampu juga melaksanakannya walaupun terdapat pelbagai rintangan, halangan dan dugaan yang perlu ditempuh dengan hati yang terbuka. Hanya mereka yang tabah, sabar dan tenang sahaja yang pasti akan berjaya melepasi segala rintangan dan halangan yang dilalui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan