Fokus dan beri tumpuan sepenuhnya dalam melakukan jualan amat di tuntut.
Tidak mengabaikan langsung apa yang dilakukan perlu ada tersemat dalam sanubari
bila menjual. Apa yang diperlakukan setiap detik dan saat baik ketika
menghubungi, mengadakan pertemuan mahupun melakukan presentasi kena lakukan
dengan bersungguh-sungguh. Bukan nak main-main atau suka-suka mengikut perasaan
hati sahaja.
Penting untuk fokus dan beri tumpuan sepenuhnya dalam melakukan jualan.
Bukan setakat main-main suka di hati atau hanya melepaskan batuk di tangga
sahaja. Kesungguhan dan komitednya kita dalam melakukan jualan perlu dibuktikan
dengan tindakan yang bukan untuk di permain-mainkan. Bila kita merasakan cukup
penting dalam melakukan jualan sudah pasti
i.
Apa yang kita lakukan akan lebih fokus dan sentiasa
bersedia dalam apa juga keadaan
ii.
Komited dan serius dengan apa yang
dilakukan
iii.
Tahu apa yang perlu untuk dilakukan
iv.
Sasaran pelanggan lebih mudah dicapai dan dicari
v.
Orang akan lebih mempercayai segala
tindakan kita akan apa yang telah kita tunjukkan dan tonjolkan kepada mereka
vi.
Kesungguhan kita melakukannya pasti lebih
mudah menarik minat dan kepercayaan bakal pembeli atau pelanggan
Rugi rasanya kalau kita tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kita
menjual bukan bakal pembeli atau pelanggan menyaksikan produk yang ditawarkan
terlebih dahulu tetapi sebenarnya semuanya terletak pada diri kita sendiri terlebih
dahulu. Jangan mudah pandang ringan sahaja. Kena ada serius dalam melakukannya.
Nak pikat orang bukan macam nak pikat kucing. Kena lakukan perkara dengan segala
kesungguhan yang ada agar hasil yang dimahukan boleh didapati dengan apa yang
kita mahukan selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan