Satu istilah yang sering
digunakan dalam menjual. Umpama memancing, nak dapatkan ikan pasti akan gunakan
umpan. Nak mudah mendapat ikan kena pastikan umpan yang diberikan adalah umpan
yang terbaik bukan main letak umpan yang bukan-bukan. Begitulah dalam menjual
kena pandai dan kena pada tempatnya untuk mengumpan. Semuanya dilakukan untuk
hanya semata-mata untuk menarik perhatian dan pandangan bakal pembeli atau
pelanggan yang dimahukan.
Apa yang dimaksudkan dalam
umpan ini agar perangkap yang digunakan boleh mengena dan menjerat bakal
pembeli atau pelanggan ini adalah
i.
Menampilkan penampilan yang menarik dan mempesonakan. Tak perlu seksi-seksi
yang boleh menyeksa pandangan orang. Cukup lah sekadar kemas tidak selekeh di hadapan
mata bakal pembeli atau pelanggan. Penampilan yang menarik pasti sesiapapun mahu
untuk berdampingan.
ii.
Menyediakan cenderamata-cenderamata walaupun kosnya tidaklah seberapa mahal
nilainya. Hanya sekadar mampu dan boleh disediakan sebagai kenang-kenangan
mereka berurusan dengan kita untuk dikira sudah cukup memadai.
iii.
Berinteraksi sebagai seorang konsultan yang mampu selesaikan masalah mereka
mengetahui apa masalah sebenar yang ditanggung oleh mereka. Jangan malu-malau banyakkan
bertanya dari memberikan penerangan untuk ketahui apa masalah sebenar mereka
iv.
Bantu mereka tolong sedaya upaya kita berikan nilai perkhidmatan yang
terbaik buat mereka.
v.
Per mudahkan jangan disukarkan. Orang akan lebih mudah terpesona pada
tindakan kita kalau mereka melihat kita menjual rupanya lebih banyak memudahkan
mereka dari menyukarkan sama sekali apa yang mereka mahukan
vi.
Berhemah dan hormat kepada siapa pun kita menjual. Jangan mudah mendabik
dada yang kita lakukan adalah semuanya betul dan benar sahaja. Beri peluang
kepada mereka memaklumkan apa sahaja yang mereka mahukan agar kita tahu
sesuaikan apa produk yang sepatutnya mereka terima dari kita
Pergunakan sebaik mungkin.
Jangan mengeluh dan merasa sukar. Berikan yang terbaik kerana manusia akan
lebih mudah terpesona dan terpikat dengan kelembutan dan keramahan kita dalam
berinteraksi dengan mereka. Umpan kepada perkara-perkara yang sepatutnya dan
bukan mengumpan atas perkara-perkara yang kita rasakan betul sahaja. Kita
hendak memikat mereka dan bukannya kita hendak memikat diri kita sendiri.
Setiap yang baik pasti hasilnya akan baik juga kepada kita. Jangan nafikan
kerana itu buktinya kita perlu lakukan yang dikehendaki oleh mereka agar
keyakinan dan kepercayaan mereka pada akhirnya dapat juga kita peroleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan