Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 20 Jun 2014

PIALA DUNIA 2014




Amat terasa bahang dan kehangatan Kejohanan Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung sekarang ini. Menjadi topik utama semasa artikel ini di tulis adalah apabila juara bertahan Sepanyol terpaksa balik awal di atas kekalahan pasukan tersebut di pentas Piala Dunia 2014. Datang dengan kebanggaan tapi pulang dengan kehampaan. Menjadi harapan dan kepercayaan seluruh penduduk dan penyokong pasukan Sepanyol tapi akhirnya terkubur begitu sahaja segala impian dan kemahuan mereka begitu sahaja.

Sepanyol, juara Bola sepak dunia yang mencipta sejarah di pentas bola sepak dengan satu-satunya pasukan dari benua Eropah yang berjaya menggondol Piala Dunia dan Piala Eropah dalam tempoh dua tahun sahaja. Berdasarkan kehebatan dan sejarah, pasukan Sepanyol datang ke Brazil sebagai satu pasukan gah yang bukan sahaja di hormati tetapi juga yang ditakuti sama oleh pihak lawan. Betullah apa yang telah diperkatakan orang, ‘bola itu bulat’, macam-macam boleh berlaku. Begitu lah juga dengan Sepanyol yang di puja-puja dan di sanjung-sanjung akhirnya di umpat dan di keji begitu sahaja oleh orang ramai terutamanya rakyat Negara Sepanyol. Berakhirnya reputasi sebagai juara segala juara lenyap begitu sahaja.

Tidak mustahil dalam jualan yang boleh kita jadikan satu iktibar dan pengajaran buat kita atas apa yang telah berlaku pada pasukan Sepanyol. Antara nya adalah

i.             Jangan terlalu yakin dengan sejarah kerana sejarah sekelip mata boleh berubah di masa kini

ii.           Mudah mendabik dada sehingga kita terlupa dengan keupayaan pihak lawan pula

iii.          Jangan mudah menduga yang kita begitu mudah boleh bersaing dengan pihak lawan andai kata dalam diri kita walaupun sebesar biji zarah terdapat keangkuhan dan asyik terleka dengan sejarah yang ada

iv.          Setiap kali melakar kejayaan bukan setiap masa boleh melakar sama jika tidak di jaga dan dibendung dari awal lagi

v.            Tidak kah kita mudah merasa malu andai kata kita telah mengalami kekalahan dan kekecewaan begitu sahaja

vi.          Jangan mudah pandang rendah dengan keupayaan pihak musuh. Sudah pasti ada persiapan rahsia telah dilakukan di luar dari pengetahuan diri kita sendiri

vii.        Jangan mudah lupa diri bila di puji dan di puja kerana tidak mustahil boleh jatuh semula kalau tidak betul dengan apa yang telah kita lakukan pula

viii.       Elakkan mudah merasa ‘terror’ dan hebat dalam melakukan jualan

ix.         Nama yang hebat bukan satu jaminan selama-lamanya hebat dalam menghadapi sesuatu persaingan

x.           Bila kita berada di atas pernah kah kita memikirkan berapa lama lagi harus kita menjadi hebat?

Sebagai satu pengajaran dan iktibar buat kita semua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan