Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 16 Jun 2014

BERPEGANG TEGUH PADA JANJI




Orang yang berjaya melakukan jualan sudah pasti antara tindakan penting baginya adalah dengan menjaga masa dan waktu yang ada pada dirinya. Bukan setakat nak tonjol kan dirinya sebagai seorang yang menjual tetapi juga menunjukkan betapa komited nya beliau pada janji yang telah ditetapkan. Semuanya dilakukan hanya semata-mata memberikan keyakinan pada seseorang bahawa apabila berjanji mesti ditunaikan dengan apa yang telah di janjikan.

Inilah yang perlu kita lakukan. Jangan sama sekali berikan janji sehingga mereka mengatakan tidak mengapa kerana janji Melayu lah katakan. Semuanya harus berpegang dengan apa yang diperkatakan. Janji jam 9 pagi bertemu, 8.50 pagi telah kelihatan, janji jam 3 petang untuk bersua, jam 2.45 petang telah ada kelibat kita di situ. Semuanya bermula dengan komitmen dan disiplin diri dalam memastikan betapa apa yang kita perkatakan dan janjikan adalah dikotakan sama sekali.

Kalau ini dapat kita lakukan sudah pasti bakal pembeli atau pelanggan lebih mempercayai segala tindakan kita baik di masa sekarang ataupun di masa akan datang. Janji yang ditepati pada masa yang dimahukan sudah pasti memberikan impak besar kepada diri kita terutamanya di mata dan pandangan mereka kerana semuanya akan berkisar melambangkan dan melibatkan kepada

i.             Imej diri kita sendiri

ii.           Keperibadian dan akhlak kita

iii.          Berpegang teguh dengan tepati janji yang telah dijanjikan

iv.          Petanda awal yang kita bukannya seorang yang menipu dan memungkiri janji

v.            Menambahkan keyakinan dan kepercayaan orang kepada kita

vi.          Janji yang ditetapkan bukan untuk dipermainkan

vii.        Nampak kesungguhan kita dalam melakukan jualan

Janganlah kita berjanji sehabis bulan, mudah berjanji tapi tidak ke mana janji kita. Jadikanlah diri kita seperti kerbau jangan di maling orang, ayam jangan di curi orang yang membawa maksud selagi kita berjanji selagi itu orang akan percaya pada kita sampai bila-bila. Jangan per mainkan janji tapi berpeganglah dengan apa yang telah kita janjikan. Firman Allah ‘Dan penuhilah janji,sesungguhnya janji itu pasti dituntut per tanggung jawabnya’ (Surah Al-Israk Ayat 34).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan