Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 10 Jun 2014

KENAPA PERLU MENGELUH




Ini lah yang menyusahkan dan menyukarkan lagi untuk mendapatkan kejayaan melakukan jualan. Lakaran kejayaan cukup sukar dan payah jika kita mempunyai sikap yang sebegini. Asyik nak mengeluh dan menyatakan kesukaran sampai bila-bila pasti akan merasa sukar dengan apa yang kita lakukan. Lakukan sedikit dah mula terasa ‘down’ dan putus asa tak kena dengan tempatnya pula. Kalau ini lah yang kita amalkan sudah pasti dan tentu hasilnya tidak akan ke mana. 

Berubah segera. Jangan ditunggu mahupun ditangguhkan lagi. Setiap apa yang berlaku dan terjadi sudah pasti ada hikmah nya yang tidak akan kita ketahui. Baik kita lakukan sahaja tak perlu nak riuh-riuh memekak tak tentu hala menunjukkan kita sahaja yang betapa teruk melakukan jualan. Jualan kalau dilakukan dengan cara yang betul pasti menyeronokkan dan bukan sama sekali menyeksa kan. Bila kita mengeluh sudah pasti perkara berikut akan berlaku kepada kita

i.             Semakin hilang semangat dalam melakukan jualan

ii.           Makin melihat orang lain berjaya semakin kuat kita berdendam dan sakit hati dibuatnya

iii.          Orang lain akan sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari kita baik rakan sekerja atau bakal pembeli dan pelanggan

iv.          Sedikit sebanyak lama kelamaan boleh memusnahkan karier kita dalam bidang jualan

v.            Hati begitu mudah merasa benci dan meluat bila melakukan jualan. Terasa amat longlai sama sekali.

vi.          Sampai bila-bila pun kejayaan yang diimpikan tinggal impian sahaja

vii.        Rasa malu pada diri sendiri dan orang lain akan terhakis begitu sahaja kerana sibuk mempamerkan sikap  yang negatif pada orang lain

viii.       Komplen dan mengadu domba menjadi makanan utama dalam tugasan jualan 


Belajarlah untuk tidak merungut tak tentu fasal. Tumpukan sahaja melakukan jualan dari menumpukan kepada rungutan. Tak rugi mana pun. Banyak kelebihan kalau kita tidak merungut. Kesihatan diri pun boleh terjaga dengan elok dan rapi. Fokus dalam melakukan jualan pasti akan kita nikmati dengan lebih baik dan elok lagi. Sekali air berubah sekali pantai juga akan berubah. Tidak salah berubah kepada yang elok asalkan kita mahu untuk melakukannya. Berikan yang terbaik agar apa yang kita lakukan mendapat hasil yang diidamkan. Kerana itu dalam menjual kena ada niat untuk membantu dan menolong orang per mudah kan selesaikan apa juga masalah yang ditanggungnya selama ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan