Inilah realitinya. Seseorang yang melakukan tugasan jualan sudah pasti akan
melalui perkara sebegini merasa bimbang sehingga mampu untuk menyukarkan tidur
malam. Seolah-olah seperti terdapat batu halangan atau sekatan yang menyebabkan
kita tidak merasa gembira dengan keadaan dan situasi yang kita telah lalui.
Sememangnya fokus dan tumpuan kita melakukan jualan sedikit sebanyak akan
terganggu walaupun kita cuba untuk mengatasinya.
Antara perkara-perkara yang menyebabkan kebimbangan ini adalah
i.
Mampu kah kita mencapai sasaran yang
diberikan
ii.
Mereka nak hasilnya dari kita, tekanan
tugasan diberikan setiap masa
iii.
Bangkangan dan bantahan jualan yang tidak
mampu kita pertahankan
iv.
Ragam menerima tawaran kita bolehkah
diterima dengan mudah ataupun tidak
v.
Adakah hari ini lebih baik dari semalam dan
esok lebih baik dari hari ini pula
vi.
Pendapatan yang tidak menentu dalam komisen
dan ganjaran
vii.
Sejauh mana niat kita hendak membantu orang
mengatasi mahukan pendapatan tinggi
viii. Cukup kah apa
yang ada pada kita dalam melakukan jualan
ix.
Berapa lama lagi boleh bertahan dalam
melakukan jualan
x.
Apa yang kita sasarkan prospek ini betul
ataupun tidak
xi.
Sejauh mana keikhlasan kita dalam melakukan
jualan
xii.
Bolehkah kita menerima setiap perubahan
yang berlaku
xiii. Sejauh mana
pasaran akan tetap menerima kehadiran diri dan produk kita
xiv. Berjaya kah
kita mengimbangi antara kehidupan dan karier kita selama ini
xv.
Masih mampu kah kita bersaing dengan
pesaing-pesaing yang lain
Mungkin ada banyak lagi tapi inilah sedikit sebanyak terdetik dalam diri
kita kebimbangan yang perlu kita atasi dengan sebaik yang mungkin. Makin
dilayan kebimbangan ini makan menjejaskan lagi urusan jualan kita yang
sepatutnya kita kena fokus dan tumpu untuk melakukannya. Jangan jadi seperti
hangat-hangat tahi ayam tapi jadilah seperti alang-alang menyeluk pekasam
biarlah sampai ke pangkal lengan. Hendak seribu daya tah mahu itu seribu dalih.
Lakukan sebaik yang mungkin kerana tiada satu pun yang mustahil untuk dilakukan
dalam bidang jualan yang kita ceburi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan