Satu perkongsian yang di peroleh semasa
menghadiri Kuliah Maghrib di Masjid Semilang pada 7hb Jun 2014
oleh Ustaz Muhammad Fawwaz Mohd Jan. Ustaz telah menyentuh tentang kehebatan sahabat-sahabat yang Rasulullah
yang sanggup mengorbankan segala jiwa, tenaga, harta dan fikiran hanya untuk
perkembangan dan pembangunan Islam itu sendiri. Semuanya dilakukan hanya
semata-mata mencari keredaan dan keberkatan dari Allah semata-mata.
Mengutamakan akhirat dari dunia sebagai tambatan kehidupan untuk diharungi
bersama perjuangan yang telah diberi dan disampaikan sendiri oleh Rasulullah
SAW.
Inilah yang dilakukan oleh tokoh perniagaan
pada zaman Rasulullah SAW, Abd Rahman b Auf ra yang telah membuktikan kepada
semua orang walaupun ketika itu Kota Madinah ekonominya turut sama dibelenggu
dengan kekuatan ekonomi dari peniaga-peniaga dari kalangan orang-orang Bani
Israel. Bagaimana Abd Rahman b Auf melakukannya supaya kita juga turut sama
dapat melakukannya pada zaman kini sebagai satu tindakan terbaik dalam
melakukan jualan dan perniagaan.
Kejujuran dan keikhlasan kunci utama Abd
Rahman B Auf melakukannya. Terdapat 3 tindakan utama bagaimana Abd Rahman Bin
Auf agar jualan dan perniagaan sentiasa mendapat sambutan dan kepercayaan di kalangan
pelanggan-pelanggannya walaupun berdagang sehingga ke Syam iaitu
i.
Memastikan tidak menggunakan modal atau dana
yang syubhah atau haram
ii.
Memastikan tidak pernah berniaga pada sumber-sumber
yang syubhah ataupun haram
iii.
Memastikan bahawa setiap hasil keuntungan dari
perniagaan tidak digunakan untuk tujuan persendirian sahaja.
Inilah kehebatan Abd Rahman Bin Auf untung banyak
mana sekalipun tetap berkongsi sama dengan orang lain. Tidak kedekut tetapi tidak
lokek untuk berkongsi sama dengan siapa pun juga yang memerlukan harta daripadanya.
Datang ke Kota Madinah tanpa membawa apa-apa pun harta kekayaan dari Mekah namun
itu semua bukan satu penghalang untuk beliau membina semula empayar perniagaannya
di Kota Madinah. Satu sikap dan semangat yang sangat kental yang perlu kita ikuti
sama agar teknik yang dilakukan oleh Abd Rahman bin Auf juga masih mampu juga untuk
kita lakukan dengan sebaik yang mungkin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan