Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 7 Jun 2014

MENGHARAP SESUATU




Berhempas pulas mendapatkan penutupan jualan sememangnya amat memeritkan apatah lagi jika bangkangan dan bantahan jualan terpaksa pula dihadapi. Semuanya terpaksa dilakukan dengan lebih berhati-hati dan berwaspada agar apa juga percakapan yang dikeluarkan tidak sama sekali menampakkan kemarahan  atau kekecewaan kita mendapatkan penutupan jualan. Semuanya perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Ini lah dilema yang perlu ditanggung oleh mereka yang menjual. Sebelah pihak mengharap dan sebelah pihak lagi buat-buat tak kisah. Sememangnya ada pertentangan pendapat dan kemahuan.  Bagi kita yang mengharap sememangnya harapan tinggi menggunung. Semua yang dilakukan pasti terdorong dengan harapan yang ada agar pada akhirnya penutupan jualan boleh diperoleh sama sekali.

Inilah harapan dalam menjual. Harapan sahaja kalau tiada usaha yang betul sudah pasti seperti debu yang berkeliaran begitu sahaja. Harapan bukan satu perancangan tetapi harapan adalah sesuatu yang perlukan tindakan yang betul untuk menjadi satu realisasi yang dimahukan. Semuanya bergantung kepada perancangan, tindakan dan susulan sama ada boleh atau tidak untuk melakukannya.

Jangan biarkan pengharapan yang ada menjadi sesuatu yang mustahil untuk dilakukan hanya kerana kesilapan dan kegelojohan kita melakukan jualan. Tidak sama sekali mengharapkan keajaiban dalam melakukan jualan. Semuanya tertumpu dan terletak pada usaha yang diusahakan. Tiada tindakan sudah pasti keputusan yang diinginkan akan hilang begitu sahaja. Bukankah rezeki telah Allah berikan hanya tinggal usaha sahaja untuk mendapatkannya. Bertindak mengikut perancangan dan bukannya membabi buta melakukan jualan. Keputusan akhir pasti ada semuanya bergantung pada tindakan dan usaha kita juga akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan