Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 14 Jun 2014

MENTAL YANG SIHAT




Melakukan jualan kena persiapkan diri bukan setakat luaran sahaja tetapi persiapan mental perlu juga disiapkan sama. Jangan main mudah tapi tanpa persediaan dalaman sudah pasti luaran juga tidak menjadi. Umpama kita hendak memberikan penampilan yang terbaik sudah pasti jiwa yang tenang sahaja mampu memberikan penampilan seperti mana yang kita mahukan. Berbeza dengan jiwa yang berserabut bukan setakat penampilan pasti tidak terurus malah ketika berinteraksi sekalipun pasti tidak mampu untuk mengeluarkan kata-kata yang baik di samping semangat untuk melakukan tugasan akan luntur begitu sahaja.

Penting dalam melakukan persiapan mental. Mental akan menentukan segala-segalanya sama ada kita telah bersedia untuk melakukan jualan ataupun tidak. Mental yang baik sudah pasti apa juga yang diinginkan boleh dan mampu untuk dilaksanakan. Semuanya bergantung pada mental dan pemikiran diri kita sendiri. Lakukan persiapan mental dengan tumpuan dan fokus memikirkan bahawa

I.           Hadapi apa juga kemungkinan yang ada tanpa mengira situasi dan keadaan. Kena kuatkan semangat berfikir positif dan yakin dengan apa yang kita lakukan. Jangan dengar apa yang mereka sekeliling perkatakan tetapi lakukan sahaja yang kita juga mampu lakukan seperti mereka yang telah berjaya melaksanakannya.

II.        Jangan fikirkan duit atau ganjaran dahulu kerana ini akan membantutkan usaha kita untuk membantu dan menolong mereka. Kalau fikirkan duit sahaja sudah pasti kepentingan yang kita mahukan lebih menjadi tumpuan jika dibandingkan untuk selesaikan permasalahan mereka.

III.     Buat dahulu bukan alasan helah untuk tidak melakukannya kerana mungkin telah menjadi kebiasaan dalam diri kita mengatakan tidak dari ya terlebih dahulu. Lakukan dan bertindaklah apa yang kita mahukan tanpa perlu memberi pelbagai alasan negatif yang sepatutnya tidak wajar kita fikirkan dan lakukan.

IV.       Simpan segala masalah yang ditanggung kerana asyik fikirkan masalah sampai bila masalah tidak akan diselesaikan. Bertindak bijak dengan mengetepikan segala masalah yang ditanggung akan fokus dan tumpuan kita boleh dilakukan ketika menjual. Tidak siapa pun yang hendak mendengar masalah kita melainkan Allah SWT. Kerana  itu dalam melakukan jualan pastikan fikiran kita sentiasa tenang dan relak. Fikiran yang buntu dan serabut sudah pasti akan mengganggu dalam melakukan jualan

V.           Yakin Allah sentiasa membantu dan menolong kita dalam apa juga keadaan. Kena ada keyakinan yang tinggi dan mendalam agar kita mahukan Allah SWT membantu kita. Awal subuh berdoa agar per mudahkan kita melakukan tugasan apa tah lagi ketika hendak tidur pun melakukan perkara yang sama. Hanya Allah lah tempat kita mengadu dan memohon pertolongan dan bukannya pada manusia.

Tiada yang mustahil untuk melakukannya. Asalkan ada kekuatan untuk melakukannya berikan yang terbaik agar kita tahu bagaimana yang menghadapinya. Melakukan jualan bukanlah satu tugasan yang duduk sahaja di meja pejabat atau melakukan mengikut suka hati kita sahaja. Semuanya perlu ada pada perancangan dan tindakan yang selari dengan perancangan yang dilakukan. Tanpa persiapan mental yang kukuh dan kuat sudah pasti nak lakukan jualan pun kita masih gagal untuk melaksanakannya. Berikan dan lakukan tindakan sewajarnya agar kejayaan yang kita mahukan boleh di kecapi seperti mana yang kita impikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan