Mentang-mentanglah berpuasa, timbul pelbagai dugaan dan cabaran yang hebat
perlu untuk ditempuhi dengan cekal,tabah dan sabar. Kalau bulan-bulan biasa ni
rasanya seolah-olah boleh ditahan dengan hati yang terbuka namun di bulan
Ramadhan ini terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang perlu dilalui pula.
Inilah cabaran dan dugaan yang perlu untuk ditempuhi. Jangan mengeluh dan mudah
merasa sedih hati dengan apa yang dilalui. Anggaplah sebagai satu ujian Allah
yang ingin menduga dan menguji diri kita sama ada mampu atau tidak kita tempuhi
dan lalui sama sekali.
Apa yang di maksud dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi
semasa bulan Ramadhan ini adalah
i.
Tekak mudah sangat merasa haus dan kering
dibuatnya
ii.
Perut kerap sangat menyanyi-nyanyi
meminta-meminta untuk menikmati makanan
iii.
Asyik memikirkan hendak ke bazar Ramadhan
dari bertemu pelanggan walaupun waktu berbuka adalah lambat lagi
iv.
Perbualan dalam talian telefon terpaksa
diberhentikan gara-gara tekak kita seperti tidak mengizinkan untuk kita
berbicara
v.
Mata semakin kuyu mulut terkuap-kuap hendak
tidur
vi.
Terasa hendak beriktikaf lama di rumah
Allah walaupun menyedari terdapat temu janji untuk bertemu bakal pembeli atau
pelanggan yang di temui
vii.
Cuaca yang panas benar-benar membantutkan
usaha kita untuk keluar menemui dan mencari bakal pembeli atau pelanggan
Usaha kalau dilakukan untuk kejayaan dunia pasti kejayaan dunia sahaja yang
mampu kita peroleh. Berbeza dengan usaha
yang disertai dengan niat bekerja dan bertugas demi Allah melakukan apa yang
dituntut oleh syariah dan meninggalkan apa-apa yang di tegah sudah pasti
ganjarannya kejayaan bukan setakat di dunia sahaja tapi di akhirat sama juga
mampu untuk peroleh sama. Terdapat pelbagai ujian yang bakal kita tempuhi dan
hadapi. Selagi kita sabar melakukan dengan dan tabah dengan apa juga yang
berlaku dan terjadi sudah pasti kejayaan yang lebih hebat mampu untuk kita dapati
walaupun kita dalam keadaan berpuasa. Bukankah itu dinamakan hebat? Berikan
yang terbaik agar di kemudian hari kita sama sekali tidak menyesal dengan apa
yang telah kita lakukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan