Seperti nak membalas dendam, dihidangkan sepanjang-panjangnya makanan di atas
meja yang disusun serapat-rapatnya bagi menjamu orang yang berbuka puasa.
Seolah-olah umpama seminggu tidak bertemu dengan makanan dan seperti hendak
menerkam semua makanan yang siap sedia terhidang. Ini belum lagi berbuka puasa
di hotel-hotel yang menyediakan pelbagai juadah dan hidangan sehingga tidak di
ketahui yang mana satu perlu diambil dahulu untuk berbuka puasa.
Bagi kita yang menjual, apabila dijemput dan dijamu oleh prospek atau
pelanggan, penuhilah hajat mereka sebaik yang mungkin. Berbukalah secara
berhemah dan bersopan kerana sudah pasti kita turut sama di perhati akan
tingkah laku dan perangai kita ketika berbuka puasa. Jangan gelojoh atau tamak
sehingga selepas habis makan nak berjalan pun tak lalu dibuatnya. Banyakkan
bersabar walaupun hanya mengunyah 3 biji kurma dan segelas air sejuk sahaja.
Kita perlu mengujudkan hubungan yang baik dan intim dengan prospek dan
pelanggan dan bukan setakat memenuhi pelawaan mereka sahaja. Bertindak bijak
tapi jangan melampau kerana hati dan perasaan mereka juga perlu di jaga sama.
Bagi kita yang mempelawa prospek ataupun pelanggan untuk menghadiri majlis
berbuka puasa janganlah terlalu bermewah-mewah sangat dengan makanan sehingga
jam 10 malam pun tak habis makan lagi. Bersembang sehingga solat maghrib entah
ke mana nak bertarawih jauh sekali. Bila
menghidangkan makanan jangan seperti hotel lima bintang pula. Habis semua
makanan di bazar Ramadhan di borang dan dijamu kepada mereka. Tidak salah untuk
menjamu mereka yang hebat-hebat tapi jangan sampai berlebih dan membazir begitu
sahaja. Buatlah ala kadar asalkan sedap bila di makan dan kenyang memudahkan
lagi melakukan ibadat.
Berbukalah apa yang patut dan bukannya berbuka untuk berpesta makanan.
Makan kenyang bukan bermakna selepas makan langsung tak larat nak bergerak. Mengunyah
makanan bukan bermakna mengunyah sampai nak bersolat pun tak mampu. Jangan
bazirkan masa yang banyak di tempat makan tapi per banyakkan masa kita di
ruang-ruang amal ibadat seperti di surau ataupun di masjid. Bukankah itu yang
patut diamalkan? Bertindak mengikut apa yang dituntut dalam Agama dan bukannya
memenuhi hawa nafsu atau malu kepada orang ramai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan