Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 9 Julai 2014

PUASA ATAU PUAS SAHAJA....




Puasa tu penting sangat-sangat dalam bulan Ramadhan untuk kita lakukan kerana jatuh hukum wajib pada setiap individu Muslim kena tunaikan. Inilah tuntutan Agama yang perlu kita buat dan  melaksanakannya sama ada suka atau pun tidak. Berkemampuan atau pun tidak semuanya mesti dilakukan. Puasa ini bukannya mengira pangkat, darjat dan keturunan dalam kita melakukannya. Selagi kita Islam dan baligh sudah semestinya kita amat di tuntut melakukannya tidak kita seorang yang kaya, miskin, berjawatan tinggi, buruh kasar dan apa lah juga jenis pekerjaan yang kita lakukan sudah pasti kita akan bertugas dan lakukan dengan baik dan sempurna mengikut apa yang telah syariat tetapkan.

Adakah kita menemui kepuasan dalam melakukan tugasan jualan ketika berpuasa? Semuanya bergantung kepada tindakan kita dalam melakukannya. Selagi kita ikhlas dan mahukan yang terbaik sahaja sudah pasti kepuasan kita tidak akan ke mana. Terlalu banyak mengharapkan ganjaran dunia, itu yang boleh kita peroleh. Puas hanya seketika kerana kita sibuk memikirkan kejayaan dunia melebihi ganjaran Allah. Seolah-olah berpuasa hanyalah satu perhiasan diri mengikut trend semasa yang mahukan kita berpuasa.

Selagi ibadah merupakan trend dan ikutan apa orang lain lakukan selagi itu kepuasan kita melakukan tugasan hanya puas setakat itu sahaja. Tiada yang lebih tiada yang hebat pada pandangan dan penglihatan Allah. Alangkah ruginya kerana setiap perbuatan yang kita lakukan kalau kena pada gaya dan tempatnya sudah pasti apa yang kita berikan itu semuanya boleh di kira sebagai satu ibadah juga kepada Allah. Kerja yang sama beza hanya niat sahaja yang membolehkan kita mendapat ganjaran atau tidak ketika kita berada di dunia ini. 

Sabda Rasulullah ‘Barang siapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia’ (Hadis Riwayat Ad Dailami).

Elakkan kita rugi dunia rugi juga di akhirat. Untung di dunia tapi rugi di akhirat juga masih tidak mahu kita amalkan sama sekali. Biarlah kedua-duanya kita peroleh untungnya sama. Sambil beribadah melakukan puasa turut sama melakukan ibadah lain semasa menjual. Ikhlas, jujur, berhemah, bersopan, bersedia menghulur bantuan, mencari penyelesaian masalah melalui produk yang di tawarkan dan bertawakal kepada Allah inilah yang perlu kita terapkan. Kalau bukan kita yang melakukannya siapa lagi? Lakukan amal puasa kita yang cukup berkualiti dan bukan setakat puas demi mementingkan kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan