Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 23 Mei 2014

SOMBONG SATU KEHEBATAN?




Perlu kah kita menyombong dan membangga diri dalam kita melakukan jualan? Walaupun kita merasakan atau menidakkan namun gerak badan dan tutur kata kita se olah-oleh kita ini adalah seorang yang sombong dalam karier jualan yang kita sertai. Adakah ini yang kita mahukan dan cari-carikan selama ini? Amat sedih jika sifat sebegini terlalu bersarang dalam diri kita yang tidak sepatutnya sama sekali untuk kita amalkan.

Antara jenis-jenis sombong yang perlu kita elakkan sama sekali adalah

i.             Sombong kerana cekap dan hebat dalam melakukan jualan

ii.           Sombong kerana prestasi jualan lebih hebat dari orang lain

iii.          Sombong apabila asyik menerima ganjaran yang tertinggi 

iv.          Sombong disebabkan sasaran yang diberikan mampu di capai setiap masa

v.            Sombong kerana rakan setugas yang lain tidak hebat seperti kita

vi.          Sombong hingga lupa pada Allah

vii.        Sombong kerana terlalu mudah mendapatkan bakal pembeli atau pelanggan

viii.       Sombong kerana apabila kita tiada jualan tidak boleh dilakukan oleh orang lain

ix.         Sombong membanggakan diri mengatakan hebat pada sesiapapun yang ditemui

x.           Sombong kerana kelebihan ilmu jualan yang ada

xi.         Sombong kerana rajin beribadat seolah-olah puncak iman yang tinggi dimiliki oleh kita

xii.        Sombong kerana keturunan orang-orang yang hebat

xiii.      Sombong kerana diri penampilan diri lebih menarik dari orang lain

xiv.      Sombong kerana  kekuatan dan kegagahan diri sedia ada

xv.        Sombong kerana kepetahan dan kehebatan kita berkomunikasi dan berinteraksi

xvi.      Sombong kerana ramai pelanggan dan orang kenali kita setia di belakang

xvii.     Sombong kerana kelebihan harta benda mengatasi orang lain

xviii.   Sombong kerana semua tugasan yang diberikan begitu mudah untuk kita lakukan

Sabda Rasulullah SAW ‘Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarah’ (Hadis Muslim). Jangan mudah bangga diri sehingga kita terlupa bahawa setiap yang hebat kita miliki sudah pasti akan ada Allah wujudkan kehebatan orang lain lebih mantap dari diri kita. Bermuhasabahlah sentiasa agar kita tidak sama sekali tergolong dalam golongan yang dinyatakan. 

Tidak siapa akan menanggung kerugian andai kata kita sentiasa merendah diri kerana orang akan lebih menghormati diri kita. Berbeza dengan mereka yang sombong, berlagak dan bangga diri sudah tentu akan ramai pula orang itu akan mempunyai musuh secara nyata ataupun tidak. Perbetulkan semula tindakan kita dan jauhi sifat ini dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya balasan Allah itu lebih hebat lagi kalau kita mengetahuinya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan