Pastinya pelbagai keadaan atau situasi yang ditempuh mungkin berlainan cara
dan kaedahnya. Pasti tidak sama juga dengan apa yang rakan niaga kita tempuhi
walaupun melakukan jualan pada produk yang sama. Semuanya memberikan pulangan
yang baik buat kita sama ada mendapatkan penutupan jualan ataupun tidak. Fikir yang
positif kerana menambah pengalaman dalam menjual itu adalah penting di mana kalau
berjaya di kekalkan kaedah tersebut tapi kalau gagal perbetulkan semula baiki mana
yang silap dan salah jangan di ulang kan lagi. Sentiasa berfikir positif dalam
apa keadaan sekalipun.
Walaupun begitu pernah kah kita terfikir akan apa yang kita lakukan adakah
betul atau tidak dalam melakukan jualan? Semua situasi yang kita lalui
sekurang-kurangnya kita lakukan mengikut cita rasa dan keselesaan bakal pembeli
atau pelanggan. Terdapat 5 persoalan yang perlu untuk kita pastikan jawapannya
sangat bersesuaian dengan kita dan bakal pembeli atau pelanggan mahukan. 5 persoalan
tersebut adalah
1. Adakah kita
melakukan jualan hanya semata-mata mendapatkan jualan atau memberikan segala
kelebihan dan kehebatan produk terlebih dahulu kepada mereka?
2. Adakah tindakan
bijak kita yang kerap bertanyakan soalan-soalan kepada mereka untuk mengenal
pasti keperluan dan kemahuan mereka terlebih dahulu?
3. Sejauh mana
kepercayaan mereka boleh kita peroleh atau perlu kah kita merayu-rayu kepada mereka?
4. Penerangan yang
diberikan adakah kita sahaja yang faham atau mereka benar-benar memahami?
5. Mampu kah kita
memberikan perkhidmatan yang terbaik jika dibandingkan dengan pesaing yang
melakukan tawaran yang sama?
Kita dapat fahami sudah pasti kita mengerti tindakan terbaik yang perlu
dilakukan. Elakkan syok sendiri merasakan kita hebat dalam melakukan jualan.
Tanpa ada semakan semula pasti kita tetap merasakan apa yang kita lakukan
sentiasa betul dan disukai oleh bakal pembeli atau pelanggan yang kita temui.
Ambil tindakan berwaspada dan berhati-hati itu lebih baik dari buat tak tahu
terus. Tiada siapa yang mahukan kita berjaya melainkan kita sendiri juga yang
perlu membetulkannya demi mencapai kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan