Kadang-kadang masih perlu untuk mendapatkan
kepastian kita dalam melakukan jualan. Setiap pagi sebelum melakukan jualan
sudah pasti pertanyaan-pertanyaan ini akan timbul atau kedengaran mengikut rasa
dan kata hati. Pernah kah kita melaluinya? Mungkin persoalan-persoalan sebegini
boleh timbul secara tiba-tiba tanpa kita sedari yang mungkin mampu atau tidak
untuk kita menjawabnya.
Persoalan-persoalan ini adalah
i.
Kenapa kita lakukan jualan selama
ini?
ii.
Bagaimana tindakan, fokus
dan hasil yang diperoleh?
iii.
Dengan siapa kita mampu
untuk tawarkan produk?
iv.
Di mana letaknya pendirian
kita jika terdapat sebarang halangan, rintangan dan bantahan?
v.
Tahu kah kita apa yang kita
lakukan selama ini betul atau pun tidak?
vi.
Segala amalan kita adakah
diterima Allah ataupun tidak?
6 persoalan yang perlu kita nyatakan dalam
bentuk persoalan bagi memudahkan lagi untuk kita menjawabnya. Bukan untuk
memeningkan kepala kita lagi tetapi sekurang-kurangnya kita ketahui di mana
sepatutnya kita bertindak dari awal lagi. Setiap tindakan sudah pasti akan ada apa
yang perlu dilakukan bukan apa yang di angankan. Pendirian kena kukuh selari dengan
perancangan awal kita bagi memastikan setiap tindakan yang dilakukan mestilah selari
ataupun sama. Cari jalan yang selamat jangan menyusahkan kerana kelak yang menyesal
itu nanti adalah diri kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan