Kadang-kadang sering kali juga kita merasakan cukup cuak dan waswas dalam
melakukan jualan. Segala keyakinan diri dan persiapan rapi telah dilakukan
namun begitu mudah pula merasakan curiga dengan diri kita sendiri sama ada apa
yang kita lakukan adalah betul ataupun tidak. Kalau ini yang berlaku sudah
pasti membawa kesusahan dan kesukaran pula dalam melakukan jualan. Penyakit
waswas ini kalau tidak diubati pasti sedikit sebanyak akan mencacat kan lagi
tugasan kita dalam melakukan jualan.
Waswas adalah satu penyakit yang perlu dibendung, diubati dan diperbetulkan
dengan segera. Jangan dibiarkan berlarutan dan menguasai diri kita. Sekali
dibiarkan pasti kita yang akan menanggung derita dan kekecewaan. Tidak mudah
untuk melakukan jualan andai kata perasaan waswas mula menular begitu kuat
dalam diri kita. Bagaimana hendak berinteraksi menawarkan jualan jika kita
asyik waswas sahaja melakukannya. Ini lah yang perlu diperbetulkan dan
diperbaiki secepat yang mungkin jika penyakit ini masih wujud dalam diri kita.
Antara penyebabnya yang perlu diperbaiki adalah
i.
Kelemahan
pemahaman dan pemikiran
Masih
bertarung untuk memahami pengetahuan produk yang perlu difahamkan. Lemah dalam
menguasai pengetahuan produk dan berat rasanya untuk memikirkan bagaimana untuk
melakukannya. Pelajari segera fahami cepat agar tindakan kita akan berlaku
lebih mudah lagi jika pengetahuan produk dapat dikuasai dengan secepat mungkin.
ii.
Tidak
belajar apa yang telah berlaku
Pengalaman
adalah guru yang terbaik. Tanpa menempuh sesi tawaran dan jualan yang dilakukan
sudah pasti pengalaman kita dalam jualan masih tidak ke mana. Pelajari apa yang
berlaku sebagai satu iktibar dan pengajaran. Semakin kita dapat mengutip setiap
pengalaman yang dilalui berserta dengan pengalaman kenalan yang lain sudah
pasti penyakit waswas yang dialami boleh diatasi dengan lebih berkesan lagi.
iii.
Yakin
diri belum lagi menjelma
Buat apa
sekalipun, yakin diri amat diperlukan. Tak yakin macam mana nak menjual. Tentu
sukar dan payah jadinya. Tiada keyakinan diri sudah pasti nak berinteraksi pun
jadi tak yakin apatah lagi nak bersembang atau bercakap dengan mereka. Sentiasa
lakukan ‘role-play’ bersama rakan niaga atau kenalan rapat agar latihan demi
latihan boleh di praktikan dengan sempurna apabila bertemu dengan bakal pembeli
atau pelanggan.
iv.
Mengabaikan
Allah
Jangan abaikan
Allah. Mintalah segala bantuan dan pertolongan dari Allah dengan hati yang
penuh tawaduk dan khusyuk terhadap Nya. Per mudahkan segala tugasan dan gerak
kerja kita. Dibukakan hijab di hati bakal pembeli atau pelanggan mudah menerima
tawaran yang di kemukakan. Hanya Allah tempat kita bergantung dan hanya
Allahlah tempat kita mengadu dan meminta-minta.
Terdapat satu kisah di mana sahabat Rasulullah SAW Utsman Bin Abil Ash.
Beliau datang menemui Rasulullah SAW dan mengadu kepada baginda katanya ‘Wahai
Rasulullah sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solat ku dan membuat bacaan ku
terganggu. Rasulullah bersabda : ‘Itulah syaitan yang disebut Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya,
maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah’. Aku pun melakukan hal itu dan Allah
menghilangkan gangguan itu dari. (Hadis Riwayat Muslim). Semoga mengambil iktibar
dan pengajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan