Prinsip yang perlu ada dalam melakukan jualan atau perniagaan yang Islam
amat-amat perlukan. Semuanya bermula dengan ‘S’ supaya mudah untuk mengingatkannya. Lakukan dengan sebaik mungkin mengikut
apa yang diperlukan. Bukan setakat untung di dunia tapi di akhirat sama perlu
untuk di kejar dan di kecapi. Bersungguh dalam melakukannya dengan disiplinkan
diri bukan sekadar ikut suka-suka hati sahaja.
1. Solat
Jangan
tinggalkan solat. Sebaik-baiknya lakukan di awal waktu secara berjemaah. Paling
baik di rumah-rumah Allah yang berdekatan dan berhampiran dengan tempat kita
melakukan tugasan.
2. Sabar
Setiap
cabaran, rintangan dan dugaan hadapi dengan tabah dan tenang. Bukan semua ujian
yang Allah berikan merupakan kebahagiaan dan keseronokan sahaja. Berdukacita
dan berputus asa juga satu ujian yang perlu kita tempuhi sama. Tidak kira apa
juga keadaan dan situasi hadapilah dengan hati yang terbuka meminta sentiasa
bantuan dan pertolongan dari Allah.
3. Senyum
Bertemu
dengan siapa pun tidak mengira darjat, pangkat, jawatan, kedudukan dan
keturunan layanan kena bagi sama. Layanlah mereka seolah-olah mereka tetamu
kita di rumah dan janganlah kita terlalu pilih kasih dengan siapa pun.
Mentang-mentang tengok selekeh dan tidak teratur langsung kita buat tak tahu
sahaja ke tepi kan mereka begitu sahaja. Berhati-hatilah jangan terlalu
hipokrit dalam memilih sahabat, teman dan pelanggan.
4. Sopan
Adab yang
baik sampai bila pun akan dikenang orang. Bersopan dan berhemah sentiasa agar
mereka tahu inilah trademark kita apabila mereka bersua dengan kita sampai
bila-bila. Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa. Lakukanlah
dengan ikhlas agar keikhlasan kita dibalas juga dengan keikhlasan dari mereka
pula.
5. Sungguh-sungguh
Nak
menjual atau berniaga kena lakukan secara bersungguh-sungguh. Melakukan sambil
lewa dan secara suka-suka sahaja nescaya sampai bila pun orang pasti tidak akan
mudah percaya dan yakin kepada kita. Jangan sama sekali melecehkan tindakan
kita pada pelanggan yang berada di hadapan kita kerana itu menunjukkan
keperibadian diri kita kepada mereka.
6. Syukur
Tiada sama
sekali rasa penyesalan. Semuanya bersyukur walaupun dalam keadaan berdukacita
tidak mahu menghadapinya. Sentiasa mengingati apa yang berlaku semuanya adalah
dari Allah SWT semata-mata.
7. Sedekah
Yakin dan
percaya hebatnya bersedekah. Beri sesuatu mendapat pulangan yang berlipat kali
ganda pula kepada kita. Keyakinan menjadi teras utama dalam melakukannya tanpa
perlu merasa berbelah bagi atau meraguinya sama sekali.
Nak hebat nak berjaya kena amalkan 7’S’ ini. Rugi
kalau tidak diamalkan tambahan pula jika dah tahu. Kuasa Allah sesungguhnya
hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Tak untung di dunia tidak mengapa asalkan
tidak fakir di akhirat kelak. Pergunakan sebaik mungkin agar kejayaan sentiasa
mengiringi kita. Yang penting kena usaha tengok kejayaan yang boleh dinikmati
dan bukannya melihat orang lain sahaja yang berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan