Keratan akhbar Berita Harian muka depan bertarikh 5hb Mei 2014 |
Tertarik dengan berita yang disiarkan di
muka hadapan akhbar Berita Harian bertarikh 5hb Mei 2014 berkenaan ramai yang
tertipu dengan beberapa pakej umrah yang ditawarkan. Pelbagai cara dan kaedah
telah ditawarkan dengan promosi menarik hati mencuri dan mencuit hati dan
sanubari mereka yang mempunyai sedikit wang ringgit untuk menunaikan umrah.
Terdapat pelbagai pakej yang disediakan mengikut kemampuan seseorang. Di
sinilah terletaknya kreativiti syarikat-syarikat pelancongan bagi menarik
seberapa ramai yang termampu untuk menjadi tetamu Allah mengerjakan umrah.
Tidak dinafikan ke banyakkan mereka yang
pergi untuk menunaikan umrah mengikut niat masing-masing kenapa perlunya
menunaikan umrah. Menjadi harapan agar pergi sebagai tetamu Allah adalah
semata-mata untuk melakukan amal ibadat seratus peratus tanpa ada sebarang
gangguan dan ini masanya untuk berdoa lagi dan lagi agar apa juga yang diminta
dan dipohon mudah untuk diperkenankan oleh Allah SWT.
Pelbagai promosi di jalankan dari memasang
individu yang berpengaruh sebagai duta atau agen mencari dan mendapatkan
pelanggan sehinggalah kepada edaran risalah, kain rentang, taklimat percuma
ibadah umrah, menggunakan segala medium yang ada seperti media dan laman
sesawang. Semuanya dilakukan dengan sebaik yang mungkin. Sememangnya mudah
terpengaruh bagi mereka-mereka yang mendengar dan mengetahuinya kenapa perlu
beribadah dengan melakukan umrah menjadi tetamu Allah.
Bagi mereka yang telah terkena masih gagal
melakukan ibadah umrah ini anggaplah dengan hati yang terbuka bagi apa yang
berlaku dan terjadi ini adalah ujian dari Allah SWT menguji kesabaran dan
ketenangan kita di dunia ini. Bukan menggalakkan orang ramai untuk sentiasa di
tipu tetapi sentiasa lah berwaspada dan berhati-hati dalam memilih syarikat
pengendali umrah yang menawarkan pakej-pakej yang menarik dengan mengambil
tindakan
i.
Memilih syarikat-syarikat
yang benar-benar boleh dipercayai dan diyakini. Sebaik-baiknya mempunyai rekod
pengendalian yang baik dan sejarah telah membuktikannya
ii.
Hebahan mulut mereka yang
berpengalaman amat berguna untuk kita ketahui. Pergunakan dengan sebaik yang
mungkin
iii.
Sentiasa berlapang dada
menerima sebarang kemungkinan agar apa juga yang berlaku dan terjadi boleh kita
terima dengan sebaik yang mungkin
iv.
Lakukan sedikit
penyelidikan dan mengkaji akan segala kebenaran setiap tawaran yang ditawarkan
v.
Tidak mudah terpengaruh dan
lakukan pemilihan secara teliti.
vi.
Jangan kerana harga yang
murah kita mudah untuk menerimanya. Fikirkan secara logik akal kenapa kita
mudah untuk menerimanya
vii.
Perbanyakan solat
istikharah bagi tujuan memilih pakej dan syarikat pengendali umrah yang betul.
Dapat pergi ataupun tidak semuanya ujian
Allah. Kebiasaannya sesiapa sahaja yang berpeluang menunaikan umrah sudah pasti
akan Allah per mudahkan dari awal-awal lagi. Sememangnya sesiapapun yang hendak
menunaikan umrah harga bukan faktor utama tetapi layanan perkhidmatan, lokasi
penginapan dan penjagaan diri kita oleh mereka yang menawarkan pakej itu yang paling
diutamakan. Pilihlah secara bijak bukannya secara rawak janji boleh pergi. Banyakkan
solat hajat kepada Allah agar Allah per mudahkan tindakan kita melakukan umrah menjadi
tetamu Allah baik di Mekah mahupun di Madinah kelak dengan tahap kesihatan yang
terbaik untuk menunaikannya.
Sentiasa beringat akan hadis ini. Daripada Anas Bin Malik ( ra ) berkata ,
telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Akan datang ke atas manusia suatu zaman di
mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang
yang mempunyai pendapatan sederhana untuk berniaga , dan para ulama’ kerana
riak dan sum’ah, manakala orang-orang fakir pula mengerjakan haji untuk
meminta-meminta “. Hadis
diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnul Jauzi ( rh ) di dalam “ Mutsirul Gharam “ . Hadis
di atas turut termuat di dalam Kitab “ Kasyful Khafa’ Wa Muzilul Ilbas ‘Amma Ushtuhira
Minal Ahadits ‘Ala Alsinatin Nas “ oleh Al-Imam
Ismail asy-Syafi’e al-‘Ajlooni ( rh ) yang diriwayatkan pula oleh Al-Imam
ad-Dailami ( rh ) dan Al-Imam al-Khatib al-Baghdadi ( rh ) – Hadis no : 3267.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan