Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 4 Mei 2014

EXPLORASI KUCHING - KREATIVITI AMAT DI PERLUKAN



Kreativiti amat penting. Bila kreatif memikirkan bagaimana untuk menarik minat pembeli pasti ada sesuatu yang boleh memberikan kita impak dan kesan yang menarik. Kreativiti boleh dikembangkan dalam jualan tidak kira sesuatu yang menghiburkan, melucu kan atau apa sahaja yang boleh mengambil perhatian orang ramai. Semuanya boleh dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Begitulah apa yang di dapati ketika membeli ikan terubuk masin semasa di kawasan Medan Niaga Satok. Terdapat sebuah gerai yang menggunakan perkataan singkatan UITM. Kebiasaannya UITM ini di kenali sebagai Universiti Institut Teknologi Mara tapi sebenarnya membawa makna kepada Usahawan Ikan Terubuk Masin. Cukup kreatif dan mampu membawa kepada pembeli untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi kenapa UITM digunakan.

Sememangnya kreativiti amat diperlukan. Tak cuba memang tak tahu dah di cuba sudah pasti hasilnya mampu dan boleh dijana tanpa disangka-sangka. Perkenalkan dan promosikan agar ia nya mampu menarik perhatian bakal pembeli dan pelanggan dengan usaha dan tindakan sewajarnya.

Dihadapan pintu masuk

Harga jualan paling mahal di tawarkan di sini

Harga mengikut saiz ikan terubuk yang ditawarkan

Tuan Punya gerai En Sabri Mohd Sahari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan