Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 20 Mei 2014

FAHAMI APA YANG DIMAKSUDKAN DALAM TIM JUALAN




Kefahaman dalam melakukan jualan perlu ada. Terutama apabila menyertai tim jualan arahan ketua atau pemimpin harus di fahami. Jangan biarkan kefahaman kita taksiran yang salah rupanya. Memahaminya adalah tindakan tepat dari mengetahui apa yang di perkatakan. Biar maksudnya benar-benar sampai kepada kita untuk kita lebih memahami. Tidak perlu melakukan taksiran kita sendiri andai kata apa yang mereka perkatakan jauh lagi dari apa yang mereka mahukan. Elakkan bersangka dahulu dari memahaminya.

Bertindak mengikut arahan dan bukan bertindak sesuka hati. Nama baik organisasi atau syarikat yang kita wakili nama baiknya perlu untuk kita menjaganya. Kita diamanahkan dan dibayar bukan perkhidmatan yang kita berikan kepada mereka secara percuma sahaja. Semuanya bergantung kepada kesanggupan dan kemahuan kita untuk melakukannya. Segala yang tersurat apatah lagi yang tersirat perlu sangat kita fahami dan ertikan dengan kefahaman yang jelas dan terang.

Itulah adat dalam kita menjadi kakitangan jualan dalam sesebuah organisasi atau syarikat tempat kita bertugas dan mencari rezeki. Memahami apa yang diarahkan adalah lebih baik dari kita melakukan sesuka hati. Setiap organisasi atau syarikat mesti ada kaedah dan prosedurnya yang tersendiri untuk kita ikuti dan patuhi. Lainlah kalau kita bekerja secara bersendiri semuanya akan kita lakukan sendiri mengikut segala cita rasa diri sendiri tanpa ada sebarang arahan dan tunjuk ajar yang perlu untuk di patuhi.

Pastikan selepas ini jangan dilakukan apa yang diperkatakan kepada kita tapi lakukan apa yang dimaksudkan. Itu lebih selamat untuk karier dan kerjaya kita dalam tim jualan tersebut. Ambil jalan selamat andai kata kita cukup menyayangi karier dan kerjaya kita pada organisasi atau syarikat tersebut. Berikan yang terbaik dengan mengikut segala prosedur, tata cara tugasan, arahan dan etika bekerja. Sesuaikan diri segera agar kita tahu dan boleh membina kerjaya dan karier di tempat tersebut. Anda fahamkan apa yang saya maksudkan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan