Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 16 Mei 2014

SENTIASA FIKIRKAN YANG POSITIF




Banyak kehebatannya jika kita mampu berfikir secara positif. Segala-galanya bermula dari dalaman diri kita melahirkan fikiran yang positif agar segala tindakan yang diperoleh mampu menjadi kesan yang positif. Antara tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi memberikan kesan yang positif pada diri kita ini adalah

i.             Bersangka baik
Firman Allah bermaksud ‘kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya’ (Surah Al-Baqarah Ayat 216)

ii.           Mencari kebaikan dalam musibah
Sabda Rasulullah ‘Sesungguhnya benarnya balasan Allah sesuai dengan besarnya dugaan Nya. Sesungguhnya jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan menimpakan ujian bala kepadanya. Sesiapa yang redha maka dia akan mendapat keredaan Nya (daripada Allah). Sesiapa yang benci maka dia akan mendapat kebenciannya’ (Riwayat al-Tirmizi).

iii.          Fikirkan apa yang berlaku kepada kebaikan
Firman Allah yang bermaksud ‘(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat Nya. Dia lah Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah Yang telah menciptakan manusia. Dia lah Yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan’ (Surah Ar-Rahman Ayat 1-4).

iv.          Fikirkan nikmat Allah
Firman Allah bermaksud ‘tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nikmat Nya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran’ (Surah Luqman Ayat 20)

v.            Fikirkan di masa hadapan
Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada Yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga Yang demikian ialah) sebagai janji Yang benar Yang ditetapkan oleh Allah di Dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi Yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah Dengan jualan Yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan Yang besar’ (Surah At-Taubah Ayat 111).

vi.          Apa yang diperoleh jangan rasa rendah diri
Sabda Rasulullah SAW ‘ Sungguh mengagumkan perihal orang mukmin, semua perkara pada dirinya baik untuknya. Sekiranya mendapat kesenangan, dia bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Jika di timpa musibah dia bersabar, maka itu baik baginya’ (Hadis Riwayat Muslim).

Nak capai kena ada latihan akal dan hati bentuk ke arah yang lebih positif. Semuanya bermula dari dalaman untuk memberikan kesan pada luaran pula. Banyakkan melakukan perkara-perkara seperti di bawah ini seperti 

i.             Banyakkan berdoa

ii.           Banyakkan berselawat

iii.          Berzikir

iv.          Bersolat jangan diabaikan

v.            Menghadiri majlis ilmu

vi.          Ziarah orang sakit

vii.        Jaga kesihatan

viii.       Bersedekah dan melakukan amat kebajikan

dan lain-lain lagi yang boleh difikirkan boleh memberikan manfaat bersama demi mencapai sikap positif dan bersangka baik. Tanpa adanya sikap yang positif dalam diri kit sudah pasti segala tindakan kita tidak ke mana. Masih merasakan ada sahaja yang tidak kena dengan apa yang kita lakukan. Tindakan yang positif sudah pasti memberikan kesan dan impak yang positif. Perbaiki diri kita sentiasa agar kita tahu yang kita sentiasa boleh menjadi positif dengan apa yang kita lakukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan