Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 24 Mei 2014

PADA PANDANGAN PROSPEK




Sesuatu yang perlu dipelajari untuk dijadikan pengajaran dan iktibar yang baik untuk kita apabila kita berurusan dengan bakal pembeli atau pelanggan. Bukan setakat kita menjual tetapi merupakan satu tindakan yang perlu untuk kita ketahui apakah yang mereka lakukan secara teliti dan melihat pada tindakan kita. Jangan mudah merasakan bahawa kita sahaja yang sibuk sesibuknya melihat mereka di mana mereka pun sama seperti kita iaitu sudah pasti melihat kita sama. 

Ketahui juga apa yang mereka lihat dan tengok pada kita. Jangan diabaikan pula tindakan ini sambil kita menjual. Penting untuk kita ketahui kerana dari pengamatan mereka terhadap kita boleh mencetuskan dan mendatangkan minat dan tarikan kepada mereka untuk menerima tawaran. Elok sekiranya dalam kita menjual kita perlu memastikan bahawa

i.             Penampilan diri yang terbaik dari segi berpakaian, bau mulut dan badan mahupun pergerakan tubuh badan

ii.           Bagaimana kita berinteraksi dan bertutur ketika berhadapan dengan mereka

iii.          Mampu kah kita menjelaskan sesuatu perkara dengan gaya dan kaedah yang mudah difahami

iv.          Berhemah atau bersopan kah kita bila berhadapan dengan mereka

v.            Segala peralatan dalam menjual adakah mencukupi atau tidak seperti pen, kertas dan mungkin juga katalog dan sebagainya

vi.          Segala bangkangan dan bantahan jualan mampu kita menerang balas semula kepada mereka secara berhemah dan bersopan

vii.        Setiap persoalan yang timbul mampu kah kita menjawabnya dengan susunan ayat yang ringkas, padat dan jelas

Nampak kecil tapi mampu untuk kita menarik minat mereka dan seterusnya membuka peluang buat kita untuk mereka menerima tawaran yang di kemukakan. Per banyakkan mendengar dan beri peluang untuk mereka meluahkan apa yang tersimpan dan tersurat dalam diri mereka untuk kita ketahui lebih mendalam hasrat mereka. Sentiasa bertenang dan bersabar dan jangan mudah melatah dalam apa keadaan sekalipun. Selagi niat kita untuk membantu mereka pasti terserlah niat baik kita itu di hadapan mereka. Berikan yang terbaik, kawal situasi dan fahami apa sebenarnya yang mereka mahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan