Jiwa tenang pasti akan membuatkan kita merasa relak, banyak lagi yang boleh
difikirkan dan dilakukan apa sahaja yang kita mahukan. Berbeza dengan hati yang
tidak tenteram dan merasa gundah gulana dengan apa yang kita hadapi, berserabut
merasakan pelbagai masalah yang perlu kita tempuhi dan gagahi bagaimana untuk
menghadapinya. Semuanya ini berlaku apabila jiwa kita tidak tenang dan tenteram
sama sekali.
Tertarik dalam slot Tanyalah Ustaz TV9 yang di kendalikan oleh seorang
pakar perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan pada 25hb April 2014 di mana mengikut
beliau pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, baginda diajukan soalan oleh
Abdullah Bin Mas’ud bagaimana kita boleh mendapatkan ketenangan jiwa. Lalu baginda
mengatakan terdapat empat cara yang perlu dilakukan iaitu
i.
Iktikaf di rumah Allah
ii.
Solat di awal waktu secara berjemaah
iii.
Banyakkan membaca Al-Quran
iv.
Bertahajud di dua pertiga malam
Mohonlah apa juga kepada Allah sudah pasti Allah perkenan kan. Ketenangan adalah
milik mutlak Allah dan hanya Allah sahajalah yang layak memberikan kepada siapa
pun yang Allah mahukan. Tugas kita adalah untuk memohon dan meminta segala
rahmat dan nikmat Allah membantu juga kepada kita.
Bila sudah ada ketenangan jiwa yang pasti ketenangan yang ada akan
memberikan satu impak dan kesan yang positif kepada kita untuk lebih bertindak
lebih baik melakukan tugasan. Bila jiwa tenang hati menjadi senang. Bila hati
senang apa juga pekerjaan yang Dilakukan sudah pasti mampu untuk dihadapi walau
pelbagai masalah dan dugaan yang menimpa. Itulah kelebihan jiwa yang tenang
yang perlu untuk kita rebut sama mendapatkannya dari Allah. Jiwa tenang mudah melakukan
tugasan mudah mendapat ganjaran dari Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan