Menurut Kamus Dewan Edisi 3 Akauntabiliti adalah satu sikap yang mempunyai
tanggungjawab yang mendalam, jujur, telus dan amanah. Manakala menurut Todd
Herman (konsultan psikologi sukan) memberi makna bahawa akauntabiliti adalah
satu kesanggupan untuk menjawab dan pertahankan diri dari apa-apa juga
keputusan daripada pelbagai pilihan, tingkah laku dan tindakan yang diterima.
Apabila disebut tentang akauntabiliti ini ternyata tidak ramai yang mahukan
komitmen dan tanggungan ini dilakukan. Seolah-olah ada batu penghalang mahukan
kebebasan tidak mahu di kongkong oleh siapa pun juga. Manusia memerlukan
kebebasan melakukan apa yang disukainya.
Sememangnya dalam melakukan jualan akauntabiliti perlu dan kena ada dalam
diri setiap orang yang melakukan jualan. Tanpa adanya akauntabiliti sudah tentu
tersasar jauh kita mahu bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan. Kalau
kita tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan bagaimana bakal
pembeli atau pelanggan mahu mempercayai dan meyakini dengan apa yang kita
lakukan? Semuanya akan berpatah balik kepada kita jika kita masih tidak mahu
bertanggungjawab dengan apa yang telah kita lakukan.
Firman Allah bermaksud ‘Sesungguhnya
Sejahat-jahat makhluk Yang melata, pada sisi (Hukum dan ketetapan) Allah, ialah
orang-orang Yang pekak lagi bisu, Yang tidak mahu memahami sesuatu pun (dengan
akal fikirannya)’ (Surah An-Anfal Ayat 22). Jangan ambil mudah dengan langsung tidak
mahu ambil tahu apa yang berlaku dan terjadi hanya kerana hasil dari tindakan kita
sendiri. Kita yang memulakannya maka sudah pasti kita perlu menamatkannya dengan
sebaik yang mungkin.
Berilah yang terbaik. Bukan sebuah lakonan dan sandiwara sahaja. Apa yang kita
lakukan kotakan dengan sebaik yang mungkin. nak dapatkan kepercayaan dan keyakinan
mereka terhadap kita apa yang kita lakukan memberikan kesan yang sewajarnya kepada
mereka. Kerana itu akauntabiliti dari kita amat diperlukan agar bila telah diyakini
dan dipercayai semua jualan yang boleh kita tawarkan akan lebih mudah lagi untuk
dilakukan. Kepercayaan dan keyakinan mereka bukan boleh dijual beli oleh kita tetapi
melalui akauntabiliti sahajalah yang masih mampu menarik minat mereka untuk percaya
dan yakin dengan apa yang kita persembahkan dan maklumkan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan