Tidak dinafikan orang yang melakukan jualan sememangnya suka dipuji.
Kadang-kadang pujian itu hanyalah sekadar memaklumkan betapa disiplinnya kita
hadir awal dalam mesyuarat dalaman setiap hari itu pun dirasakan amat seronok
yang amat sangat mendengarnya. Begitulah orang jualan, pantang dipuji habis
lupa diri dibuatnya. Tinggi diri tak tentu hala jadinya. Inilah yang
dikhuatiri, pujiannya sedikit namun lupa dirinya dan bangga dirinya masya-Allah
hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Seolah-olah dunia ini bagai kita yang
punya. Nak kena puji dulu baru kerja boleh dilakukan.
Pernah kah lagi kita di puji seperti berikut :
i.
Memuji akan kehebatan dalam melakukan
jualan sehingga bertemu dan berjumpa dengan siapa pun juga pasti penutupan
jualan diperoleh
ii.
Kita paling hebat setiap bulan mencapai
sasaran yang diberikan
iii.
Keutamaan mendapatkan pelanggan sehingga
orang lain tidak berkemampuan seperti kita melakukannya
iv.
Menerima imbuhan dan komisen tertinggi dari
orang lain
v.
Setiap kali mendapat tawaran lawatan
percuma ke luar negara asyik muka kita sahaja yang pergi
vi.
Mendapatkan penutupan jualan perkara paling
mudah dirasakan
vii.
Mudah bangga diri apabila ada sahaja orang
memuji kerja dan tugasan kita
viii. Kita seorang
sahaja yang mampu melakukan gerak kerja yang paling efektif jika dibandingkan
dengan orang lain.
Orang nak puji kita terimalah dengan sebaik yang mungkin. Jangan ditengking
atau bermasam muka pula. Lemparkan senyuman tunjukkan kegembiraan kita.
Cukuplah sekadar itu. Jangan berlebih-lebihan pula takut kita mudah lupa diri,
sombong, berlagak, ego dan tinggi diri. Seolah-olah kita hebat sangat sehingga
kita terlupa sebenarnya ada orang yang lebih hebat dari kita. Jangan nak
nafikan kerana Allah jadikan manusia ini kalau kita ok lakukan tugasan bermakna
masih ada orang lain lagi yang terlalu ok jika dibandingkan dengan kita.
Beristighfar sentiasa agar kita sentiasa merendah diri dan malu dengan
menerima pujian dari orang sama ada dari pelanggan, majikan atau pun pengeluar
produk. Nak seronok dan bergembira sekalipun biarlah berpada-pada dan kena pada
tempatnya. Bukankah ini hidup umpama roda, sekejap di atas tidak mustahil pula
satu hari nanti kita akan di bawah pula. Bersedia menghadapi keadaan dan situasi
dalam apa juga keadaan sekalipun tanpa perlu di puji dan di hambur dengan beribu-ribu
kata manis kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan