Mengambil kesempatan atas kenalan atau diperkenalkan perlu bijak untuk
diambil peluang. Melepaskan setiap oportuniti yang ada pasti akan menyekat kan
aktiviti kita dalam melakukan jualan. Jangan mudah mendabik dada setiap kenalan
dan orang perkenalkan kepada kita begitu mudah untuk memperolehnya. Semua
bermula dari diri kita juga sama ada kita mampu atau tidak untuk sentiasa
membuka mulut melakukan jualan bertanyakan kepada siapa pun juga kepada mereka-mereka
yang memerlukannya tanpa kita ketahui.
Terdapat perbezaan antara kenalan dan diperkenalkan harus kita ketahui.
Bila dah ketahui bermakna semakin mudah dan senang untuk kita bertindak pada
cara dan kaedah yang betul lagi tepat. Sama sekali kena pastikan setiap yang
ada jangan di rugikan begitu sahaja. Pergunakan sebaik mungkin setiap peluang
yang ada. Peluang terbaik buat kita bagi mendapatkan penutupan jualan dengan mudah
dan senang kalau kena dengan caranya.
Apa yang dimaksudkan dengan kenalan dan kenalkan kepada kita adalah seperti
berikut :
KENALAN
|
KENALKAN
|
Sememangnya telah kita kenali dan ketahui
|
Diperkenalkan
oleh networking/ pelanggan
|
Situasi agak santai dan bersahaja
|
Dalam premis pelanggan
|
Mudah terhenti kerana perkara-perkara agak peribadi di bincangkan sama
|
Sentiasa
berusaha memikat dan mengambil perhatian
|
Kita susah payah terangkan
|
Pelanggan membantu untuk
kita
|
Tiada testimoni
|
Testimoni
dari orang yang perkenalkan
|
Mudah yakin dan percaya
|
Mengambil masa sedikit
|
Biasanya ambil mudah sahaja
|
Ada
kesungguhan melakukan jualan
|
Tidak kiralah sama ada di perkenalkan atau pun kenalan. Selagi ia nya satu
oportuniti pergunakan sebaik mungkin jangan dilepaskan peluang yang ada. Selagi
kita terlepas selagi itulah kejayaan yang di idamkan akan berkubur begitu
sahaja. Ambil peluang yang terbaik asalkan kita sama sekali tidak mengira siapa
pun di hadapan kita. Selagi boleh rembat, lakukan yang terbaik dan digemari
oleh mereka yang kita temui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan