Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 21 Mei 2014

PRATIS : AMALAN DAN TINDAKAN



Sering kali ramai orang sentiasa merasakan apa yang dimaksudkan dengan praktis adalah satu tindakan yang perlu dilakukan secara turun temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Secara praktis semuanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh orang yang terdahulu sebelum kita menempuhnya pula. Sesuatu yang perlu diketahui agar dalam melakukan jualan selain segala prosedur yang perlu diikuti apa juga praktis yang dilakukan juga perlu untuk diketahui dan dilakukan sama tanpa perlu sebarang bantahan dan bangkangan.
 
Mengikut kamus Encarta apa yang di maksudkan dengan praktis ini adalah

i.             Berulang-ulang mengikut aturan untuk membaik pulihkan lagi

ii.           Satu proses mengeluarkan sesuatu idea

iii.          Melakukan tugasan sebagai seorang yang profesional

iv.          Corak tugasan dan tindakan yang sama asalkan berkesan

Lakukan praktis yang ada asalkan mampu menjana penutupan jualan. Jualan memerlukan kreativiti dan bukan kongkongan dalam melakukannya. Tanpa kreativiti sudah pasti jualan yang dimahukan agak sukar dan tidak akan membantu pembangunan karier kita dalam jualan. Mana yang baik dijadikan sempadan, mana yang tidak elok dan sukar eloklah dijauhkan dan jangan diikuti begitu sahaja. Kita sebagai seorang yang melakukan jualan sudah pasti mampu untuk memikirkan sama ada sesuatu perkara, kaedah dan cara yang diamalkan adakah bersesuaian dengan kita melakukan jualan ataupun tidak. Jangan dipendekkan fikiran tapi berfikirlah di luar kotak agar kita mampu memberikan sentiasa hasil seperti mana yang dimahukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan