Fokus, satu perkataan yang sering kita dengar terutamanya apabila
menghadiri ceramah-ceramah motivasi yang sering menggunakan perkataan ini
supaya apa juga tindakan yang kita lakukan seiring dengan apa yang dimahukan. Fokus dalam erti kata yang mudah difahami
adalah memberikan tumpuan atau penumpuan dalam melakukan sesuatu secara
bersungguh tanpa ada gangguan yang boleh mengganggunya.
Semuanya memerlukan fokus. Hanya dengan fokus sahaja seseorang itu mampu
untuk
I.
Melakukannya dengan bersungguh-sungguh
II.
Jalan mudah untuk melakar dan mencapai
kejayaan
III. Dapat melupakan
seketika masalah yang menimpa ketika melakukan perkara lain
IV. Tahu akan apa
yang dilakukan
V.
Membina keyakinan diri
VI. Menghindari
segala gangguan dan rintangan yang hadir
VII. Memberikan
keyakinan kepada orang lain ketika berinteraksi di hadapan mereka
Terlalu banyak kelebihan dan keuntungannya apabila kita mempunyai fokus
yang jitu dan tetap. Seolah-olah apa juga yang kita lakukan terutama dalam
melakukan jualan akan memudahkan lagi tindakan kita. Bila kita fokus segala
cabaran, rintangan, dugaan dan halangan dapat kita tempoh. Tiada yang mustahil boleh
kita lakukan kalau kita benar-benar dan fahami kenapa fokus amat-amat diperlukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan