Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 28 Mei 2014

PENERAJU TIM JUALAN




Bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang peneraju dan pemimpin dalam sesebuah tim jualan yang diterajui. Pasti banyak cabaran dan dugaan yang perlu di tempuh bagi memastikan setiap sasaran yang diberikan dapat dilakukan dan dicapai dengan sebaik yang mungkin. Ini belum lagi melayan karenah dan tabiat ahli-ahli atau kakitangan dalam tim jualan tersebut. Semuanya perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Menjadi pemimpin terbaik dalam sesebuah tim jualan ini terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan betapa berkualitinya kita sebagai pemimpin yang perlu mereka ikuti dan patuhi dengan hati yang terbuka. Antara tindakan-tindakan yang diperlukan adalah

i.             Sentiasa bersemangat
Dalam apa keadaan sekalipun cukup bersemangat untuk memimpin tim jualan yang diamanahkan. Kita bersemangat sudah pasti anak buah juga turut bersemangat dan begitulah sebaliknya. Walaupun apa pun yang berlaku tidak kira masalah dalaman atau luaran organisasi tersebut tetap sama juga semangat untuk melakukannya.

ii.           Keberanian
Apa juga yang berlaku dan terjadi, sebagai seorang pemimpin mesti mempunyai semangat juang yang tinggi menghadapi apa juga kemungkinan, cabaran dan dugaan yang mendatang. Berani bekerjasama dengan kakitangan bawahan, berani mengeluarkan arahan dan seterusnya berani untuk memaksa mereka melakukan jualan. Kita berani sudah pasti mereka akan turut sama berani seperti kita. Kita ini adalah contoh teladan kepada mereka. Kita kawal dan mengawal mereka tak tentu fasal sudah pasti jualan tidak ke mana dan akan merudum juga akhirnya begitu sahaja.

iii.          Keyakinan
Lakukan dengan keyakinan. Setiap apa yang diperkatakan adalah satu keyakinan yang memberikan impak yang besar kepada kakitangan yang lain. Yakin adalah satu contoh terbaik bagaimana untuk kita mengawal situasi dan bangkangan secara senyap dari mereka. Kita yakin sudah pasti tiada alasan atau ulasan yang perlu mereka berikan lagi kepada kita.

iv.          Integriti
Integriti menunjukkan kesungguhan kita melakukannya. Tanpa integriti kepercayaan orang bawahan mungkin sukar untuk mereka menerima kehadiran diri kita. Apa yang kita katakan , beri arahan dan kesungguhan kita  melakukannya pasti akan menjadi perangsang dan ikutan mereka terhadap kita. Kita peneraju tim jualan bermakna kita kena lakukan dengan sebaik mungkin.

v.            Minat yang mendalam
Lakukan saja tanpa minat umpama nak minum air kelapa tapi tak berminat nak mengambil buah kelapa. Nak minum air kelapa dengan puas kena  cari kelapa muda dan bukannya memerhati sahaja. Semuanya perlu dilakukan dengan minat bagi menyelesaikan apa yang diidamkan selama ini. Semuanya bermula dari dalaman kita, semakin kita berminat melakukannya bermakna semakin berminatnya kita untuk mendapatkan keputusan akhir menjadi satu realiti.

vi.          Pandai mengambil hati
Percanggahan pendapat, ketidakpuasan hati dan memarahi ahli dalam tim jualan kita sedikit sebanyak akan ada memberikan impak yang tidak baik kepada mereka. Apa juga yang berlaku sama ada berjaya atau tidak kita kena bijak dan cerdik untuk mengambil hati mereka semula walaupun terasa sukar dan susah sama sekali. Kerana itu sikap suka memaafkan orang dan bersabar dengan apa yang berlaku kena ada.

vii.        Mengawal emosi
Kawal emosi dengan sebaik mungkin. Tidak mudah marah, berlapang dada dan mudah juga menerima teguran yang diberikan mereka mengawal emosi dengan tenang, sabar dan tabah sama sekali. Selagi kita tenang selagi itu kita mampu mengawal pelbagai situasi yang mungkin berlaku di luar dari apa yang kita duga dan jangka.

Berikan yang terbaik bukan sebaliknya. Kehebatan mereka kehebatan dari kita juga. Kita penentu kejayaan tim jualan yang diamanahkan. Lakukan yang terbaik dan jangan pula mudah menyalahkan orang lain jika kegagalan terjadi ataupun berlaku. Teras mudah pula bangga diri ego tak tentu fasal jika kejayaan pula dapat di nikmati. Semuanya perlu diimbangkan dengan sebaik yang mungkin. Akui segera jika terdapat sebarang kesilapan atau kesalahan kerana kita manusia biasa sudah tentunya kita bukanlah seorang yang sempurna hidupnya. Per banyakkan berdoa mohon bantuan dan pertolongan dari Allah sentiasa agar apa juga yang kita buat dan lakukan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan