Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 29 Mei 2014

DALAM MOOD YANG BAIK






Biarkan sahaja kita berada dalam mood yang baik. Jangan sama sekali dibiarkan mood yang berkeceramuk dan berserabut menguasai diri kita ketika melakukan jualan. Banyak kesan negatif yang boleh mengganggunya mengakibatkan kita tidak tenang dan gelisah sahaja. Mood yang tidak baik akan menyebabkan bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti berat hati untuk berurusan dan berinteraksi dengan kita. Bila mereka enggan bagaimana kita mampu untuk tawarkan produk yang kita mahukan.

Eloklah kita menjaganya bagi memudahkan lagi melakukan jualan. Jangan kerana mood habis rosak binasa menjahanamkan karier jualan kita sendiri . Lenturkan dan pastikan mood kita berada dalam tahap dan ketikanya yang terbaik melakukan jualan kerana

i.             Kita pasti bergembira untuk melakukannya walaupun terdapat bantahan dan bangkangan jualan boleh berlaku dan terjadi

ii.           Tidak perlu nak fikirkan masalah yang bergelumang dalam diri kita sehingga boleh menjejaskan tindakan dalam menjual

iii.          Beri keyakinan dan tarikan pada orang yang berhadapan dengan kita

iv.          Lebih berkeyakinan dan berketerampilan dalam melakukan jualan dalam apa juga keadaan dan situasi yang berlaku dan terjadi

v.            Mampu membuahkan unsur-unsur yang harmoni, humor dan bergurau senda bila bersua dan berinteraksi

Sentiasa wujudkan mood yang baik dan bersahaja dalam melakukan jualan. Mood yang baik akan memberikan ketenangan, kesabaran dan kebaikan dalam kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Jangan salahkan mereka kerana kita yang berkehendakkan mereka untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Lakukan dengan ikhlas bukan lakonan semata-mata. Pasti sesuatu yang positif akan menjelma jua pada akhirnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan