Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 2 Mei 2014

EXPLORASI KUCHING - KEKEMASAN DAN PERKHIDMATAN BERKUALITI



Sememangnya penjualan produk Kek Lapis cukup mudah diperoleh di Sarawak. Rata-ratanya mempunyai acuan dan resipi rahsia yang tersendiri dalam melakukannya. Memandangkan persaingan agak tinggi antara pengusaha-pengusaha Kek Lapis Sarawak terdapat pelbagai cara dan kaedah yang tersendiri bagi melariskan produk yang dikeluarkan termasuklah perniagaan on-line dan pengiriman Pos Laju di serata dunia di sediakan.

Inilah pengalaman semasa berada di Asma Cake House Kek Lapis Basah. Menarik dan mempesonakan bagaimana beliau berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi kedai Kek Lapisnya. Antara penamatan dan pemerhatian saya kenapa kedainya begitu mendapat sambutan di Sarawak adalah kerana

i.             Perniagaan hanya dilakukan di rumah sahaja. Walaupun lokasinya agar tersorok namun masih mudah untuk ditemui

ii.           Hiasan kedai yang menarik dan bersih. Terdapat infrastruktur yang diperlukan oleh pembeli seperti mudah untuk parkir kereta, tandas awam dengan laman landskap yang menarik untuk ditatap.

iii.          Gerai yang penuh berhawa dingin dengan susun atur yang menarik memudahkan lagi pembeli untuk memilih produk apa yang dimahukan dan dicari.

iv.          Memberi peluang kepada pembeli merasa dahulu produk yang ditawarkan sama ada enak atau berbaloi dengan apa yang dimahukan.

v.            Melakukan tarikan harga yang murah ikut kemampuan pembelian. Sebagai contoh setiap 5 kotak percuma sekotak lagi akan lebih menarik minat pembeli untuk membeli dengan lebih banyak lagi

vi.          Kaedah pembungkusan yang menyenangkan pembeli bagi tujuan pembeli yang tinggal di luar Sarawak mudah membawanya pulang ke rumah. Cukup efektif dan pantas dalam melakukan pembungkusan.

vii.        Kesanggupan membuka lebih masa perniagaan dari awal pagi hingga ke malam

viii.       Menyediakan perkhidmatan penghantaran Kurier ke destinasi yang dimahukan dan diperlukan dengan caj standard dari syarikat perkhidmatan kurier. 

ix.         Melayan segala kerenah dan perangai pembeli dengan riak muka yang baik memberikan perkhidmatan mesra dan cekap kepada pembeli. Segala pertanyaan dan kebuntuan pembeli akan diselesaikan dengan sebaik yang mungkin.

x.           Memastikan produk yang ditawarkan mempunyai kualiti yang baik yang boleh diterima

Sesuatu yang boleh kita ikuti dan pelajari dalam melakukan penawaran kepada bakal pembeli atau pelanggan. Melihat bukan sahaja untuk membeli tetapi pelajari bagaimana kejayaannya melakukan tawaran yang dilakukan. Tidak salah untuk meniru bagaimana mereka melakukannya yang salahnya jangan kita berhasad dengki dengan kejayaan mereka. Yang penting kreativiti dalam melakukannya kena ada tersemat dalam diri kita untuk melakukannya. Bak kata pepatah tak dapat berjalan tegak, beringsut-ingsut pun sampai juga.yang membawa makna kalau tidak pun dapat sekali gus apa yang kita mahukan dan berkehendakkan namun kalau dilakukan secara sedikit demi sedikit secara berterusan sudah pasti apa yang kita mahukan boleh diperoleh juga akhirnya.

Papan Tanda di hadapan kedai jualan bagi memudahkan lagi orang mencarinya
Keadaan kedai yang begitu teratur di lengkapi peti sejuk bagi memudahkan lagi pembeli mencari apa yang di carinya

Produk-produk lain dari pengusaha lain yang turut di jual di kedai ini

Kaunter pembayaran yang sememangnya memberikan layanan mesra dan mudah pelanggan
Keadaan di pintu masuk kedai yang di maksudkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan