“Sesungguhnya
tidak ada kekuasaan bagi mu (Syaitan) terhadap hamba-hamba Ku, kecuali ke atas
mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat”(
Al-Hijr: 42).
“Sesungguhnya
Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan ber tawakal
kepada Tuhannya” ( An-Nahl : 99).
“Sesiapa
yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan
berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia
(yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW ” (
Riwayat Al-Bazar & Abu Ya’la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285).
Di zaman moden hari ini
masih ramai lagi yang berani menempah tempat di Neraka dengan mengamalkan sihir
untuk pelbagai tujuan dan maksud. Walaupun sudah jelas larangan Rasulullah
s.a.w tentang bahaya sihir ternyata masih ada lagi yang mendapatkan khidmat
bomoh.
Mereka ini terdiri dari
berbagai lapisan masyarakat dan tujuan,bahkan ada juga dari kalangan artis dan
ahli politik yang mendapatkan khidmat tukang-tukang sihir ini.
Ada juga yang ingin
membalas dendam kepada seseorang yang tidak disukainya dengan cara ini.
Apa yang saya nak sentuh
pada kali ini ialah berkenaan dengan penggunaan pelaris kedai. Di sangka kan
dengan bercambahnya ilmu dan pusat-pusat pengajian Islam di masjid-masjid
,surau-surau dan forom-forum amalan khurafat ini sudah berkurangan tapi
nampaknya masih rancak di negara kita Malaysia.
Jika dulu amalan pelaris
yang menggunakan khidmat jin khadam atau tangkal ini hanya popular di Indonesia
dan Sabah Sarawak sahaja tapi sekarang sudah merebak sampai ke semenanjung. Jadi
kita sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih kedai makan. Persoalannya
bagaimana nak tahu kedai makan yang disyaki itu benar-benar mengamalkan pelaris
atau tidak.
Ini satu petua yang di
ajarkan oleh seorang pengamal perubatan Islam.
Cara mudahnya nak tahu
kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari
kedai.
Sebaiknya semasa dalam
kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup
macam bomoh pooh kiri pooh kanan .he he
Tiup perlahan-lahan
sampai habis nafas(macam ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di
kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin
menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai
tersebut.
Beberapa cara di bawah
bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah
terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadis :
Baginda S.A.W telah
berkata kepada ku : “Bacalah Qul Huwa Allahu
Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali
ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu”. ( At-Tirmidzi, Bab Doa
yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca
Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 )
Sumber: AnakMuaalaf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan