Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 30 Mei 2014

PRATIK KAN AMALAN SUNNAH




Berikan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan kita dunia apatah lagi di akhirat. Melakukan jualan adalah salah satu cabang dalam muamalat Islam yang perlu untuk kita ketahui. Dalam memastikan bidang pekerjaan yang kita ceburi ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT amalan-amalan sunah Rasulullah elok juga kita amalkan untuk dilakukan sewajarnya. Bukan setakat ganjaran pahala boleh kita peroleh namun ketenangan jiwa boleh kita semaikan sama kalau dapat kita lakukan dengan sebaik yang mungkin.

Baginda bersabda, “Barang siapa tidak menyukai sunah ku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku” (Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal). Ini apa yang di perkatakan oleh Ustaz Shahrir Long semasa memberi ceramahnya di Masjid Semilang pada 21hb Mei 2014 di mana beliau telah memberikan tujuh amalan sunah yang perlu untuk kita lakukan iaitu

i.             Setiap hari bersedekah walaupun sedikit

ii.           Lakukan solat sunah sebanyak yang mungkin termasuk solat sunah dhuha dan tahajud

iii.          Jangan lupa sentiasa beristighfar setiap detik dan masa

iv.          Amalkan membaca Al-Quran walaupun sedikit

v.            Sentiasa dalam berkeadaan berwuduk. Kena rajin dalam melakukannya mengambil air sembahyang setiap masa dan ketika walaupun tidak bersolat

vi.          Ambil kesempatan agar boleh bersolat secara berjemaah di rumah Allah.

vii.        Rajin dalam melakukan puasa sunat

Amalan yang boleh kita amalkan semasa kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang terbaik. Jangan bila dah jatuh sakit mula terhegeh-hegeh teringin untuk melakukannya. Nikmat badan sihat dan kuat lakukan amalan yang dinyatakan agar apa yang kita lakukan sentiasa diberi perlindungan, kenikmatan dan keberkatan dari Allah SWT. Sukar apabila kita merasakan sukar melakukannya tapi mudah bilamana kita mahu untuk menjadikan satu amalan konsisten dalam hidup kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan