Di saat kita di perlukan jangan sama sekali di tangguh dan di leka sama
sekali. Peluang yang datang bukannya selalu apabila diperlukan. Gunakan sebaik
mungkin agar oportuniti tidak terlepas begitu sahaja. Tidak salah kita ambil
berat sedikit berikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan diri kita. Ini
lah tahap perkhidmatan yang perlu kita tunjukkan dan tonjolkan kepada mereka
betapa kita amat menjaga tahap perkhidmatan kita di mata mereka.
Terlalu rugi rasanya kalau kita melakukan penangguhan. Melambat-lambatkan dan
merasakan tidak penting pada peluang yang datang bukannya selalu boleh di peroleh.
Apabila mereka telah mempercayai kita selagi tidak kita pergi kepada mereka
akan memberikan satu impak dan kesan yang buruk dan tidak elok terhadap diri
kita sendiri. Sudah tentu ini boleh memberikan mereka peluang pula menghebahkan
kepada kenalan dan rakan-rakannya betapa teruknya kita memberikan perkhidmatan
tidak seperti yang mereka jangkakan.
Berilah yang terbaik. Utamakan dahulu walaupun mungkin ada urusan lain yang
perlu kita selesaikan. Bila sudah ada bakal pembeli atau pelanggan mencari
kita, tuah yang datang bergolek jangan sama sekali dibiarkan begitu sahaja.
Ambil peluang dan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin. Siapa tahu selepas
ini mungkin dari hebahan mulutnya akan hadir pula rakan-rakan dan kenalannya
pula berurusan lagi dengan kita. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada
siapa yang mengetahuinya. Jagalah sebaik yang mungkin tahap layanan dan
perkhidmatan kita kepada mereka. Berikan yang A1 sahaja agar selepas ini lebih
ramai lagi yang akan suka dan gemar menggunakan diri kita menerima tawaran yang
di kemukakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan