Apabila melakukan dan membuat jualan, harus pastikan produk yang kita
tawarkan nanti benar-benar kita fahami terutamanya tentang segala ciri-ciri dan
kelebihannya. Kenal pasti juga produk-produk pesaing bagi membolehkan kita
mengetahui di mana segala kelebihan dan kekurangannya dan memudahkan lagi kita
untuk mematahkan hujah-hujah yang bakal dan akan dikemukakan oleh pelanggan
bagi menangani bangkangan jualan.
Kefahaman dan pengetahuan yang mendalam terhadap produk yang ditawarkan
nanti pasti memberikan satu kelancaran apabila berhadapan dengan pelanggan
tanpa berasa ragu-ragu dan waswas. Yakin dan percaya bahawa produk yang kita
tawarkan ini adalah yang terbaik untuk pasaran dan mudah diterima oleh semua
orang yang kita temui.
Agak-agaknya bagaimana situasi yang akan berlaku jika kita sendiri tidak
yakin dan percaya pada produk yang hendak kita tawarkan ini boleh diterima?
Pasti amat sukar untuk membuat jualan. Itulah kenyataan yang harus dipikul oleh
kita sendiri hanya kerana keengganan kita untuk mengetahui lebih lanjut dan
mendalam tentang produk yang ditawarkan. Susahnya nanti adalah terletak pada
diri kita sendiri juga.
Banyak kelebihan dan keuntungan kalau kita menjual kita fokus dengan produk
yang ditawarkan. Antara kelebihan dan keuntungan yang bakal kita peroleh
apabila fokus kita pada pengetahuan produk adalah
i.
Mudah menyampaikan maklumat dan informasi
kepada bakal pembeli atau pelanggan
ii.
Memberi keyakinan apabila menyampaikan
iii.
Senang nak bandingkan dengan produk pesaing
yang berada di pasaran
iv.
Segala bangkangan ataupun bantahan boleh
diatasi dengan sebaik mungkin
v.
Tahu mana nak dimulakan secara berkesan
apabila bercakap dan berinteraksi dengan mereka
vi.
Mudah mendapat kepercayaan dan keyakinan
mereka terhadap kita
vii.
Semakin mendatangkan minat untuk mengetahui
lebih lanjut dan mendalam tentang produk yang mahu kita tawarkan.
Pentingnya kita bukan setakat mengetahui secara asasnya sahaja tapi amat
dituntut mengetahui dengan lebih mendalam sehingga ke dasarnya. Tiada siapa pun
akan rugi jika tidak mengetahui dengan lebih mendalam tapi memberikan satu
kelebihan dan keuntungan bagi kita apabila melakukan presentasi dan penerangan
kepada bakal pembeli atau pelanggan. Ambil berat tentang pengetahuan produk
kerana sudah pasti tidak akan rugi mana pun. Satu kelebihan buat kita terutama
sekali pada waktu terdapatnya bangkangan atau bantahan dalam jualan. Ketahui dengan sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan