Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Sabtu, 31 Mei 2014

TERDETIK UNTUK MELAKUKANNYA




Berlaku tanpa sedari tidak mengira waktu siang ataupun malam. Sama ada kita penat ataupun tidak semuanya boleh berlaku. Berlaku tanpa sebarang perancangan dan kehendak yang spesifik. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan tiada langsung dalam pengharapan dalam hati kita. Tidak semena-mena tiba-tiba sahaja terdetik untuk kita melakukan perkara seperti berikut

i.             Ingin mengetahui pelanggan kita tentang keadaannya sekarang

ii.           Mendapatkan 3 orang prospek baru

iii.          Mendapatkan referral dari seseorang yang di kenali

iv.          Melakukan presentasi di hadapan kakitangan Syarikat ABC

v.            Mengemas kini data-data pelanggan yang terbaru

vi.          Mendapatkan senarai-senarai baru dari kenalan 

Jangan di tangguh lagi. Satu nasihat ikhlas. Lakukan sahaja apabila sudah terdetik dalam hati kita. Mungkin ini satu anugerah ilham dan idea dari Allah yang mahukan kita untuk bertindak melakukannya. Detikan hati yang kita peroleh begitu eksklusif kerana tidak melibatkan orang lain. Berani untuk melakukannya dan bukan untuk difikirkan lagi bagaimana untuk membuatkan apa yang terdetik dan kenapa dia terdetik.

Mungkin detikan ini terjadi secara lintasan hati, tiba-tiba terfikir atau hati merasa berat untuk melakukannya. Biar apa keadaan sekalipun jangan dihiraukan bagaimana ia boleh muncul dan menjelma. Terima sahaja elok dilakukan sahaja. Berjaya atau tidak jangan difikirkan dahulu. Yang penting lakukan sahaja tindakan sewajarnya. Mungkin akan ada manfaatnya untuk kita di masa hadapan. Tak cuba pasti tak tahu dah cuba baru boleh tahu keputusannya.


Read more >>

Jumaat, 30 Mei 2014

PRATIK KAN AMALAN SUNNAH




Berikan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan kita dunia apatah lagi di akhirat. Melakukan jualan adalah salah satu cabang dalam muamalat Islam yang perlu untuk kita ketahui. Dalam memastikan bidang pekerjaan yang kita ceburi ini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT amalan-amalan sunah Rasulullah elok juga kita amalkan untuk dilakukan sewajarnya. Bukan setakat ganjaran pahala boleh kita peroleh namun ketenangan jiwa boleh kita semaikan sama kalau dapat kita lakukan dengan sebaik yang mungkin.

Baginda bersabda, “Barang siapa tidak menyukai sunah ku, ia bukan dari aku (yakni bukan dari umatku” (Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal). Ini apa yang di perkatakan oleh Ustaz Shahrir Long semasa memberi ceramahnya di Masjid Semilang pada 21hb Mei 2014 di mana beliau telah memberikan tujuh amalan sunah yang perlu untuk kita lakukan iaitu

i.             Setiap hari bersedekah walaupun sedikit

ii.           Lakukan solat sunah sebanyak yang mungkin termasuk solat sunah dhuha dan tahajud

iii.          Jangan lupa sentiasa beristighfar setiap detik dan masa

iv.          Amalkan membaca Al-Quran walaupun sedikit

v.            Sentiasa dalam berkeadaan berwuduk. Kena rajin dalam melakukannya mengambil air sembahyang setiap masa dan ketika walaupun tidak bersolat

vi.          Ambil kesempatan agar boleh bersolat secara berjemaah di rumah Allah.

vii.        Rajin dalam melakukan puasa sunat

Amalan yang boleh kita amalkan semasa kita masih lagi dikurniakan kesihatan yang terbaik. Jangan bila dah jatuh sakit mula terhegeh-hegeh teringin untuk melakukannya. Nikmat badan sihat dan kuat lakukan amalan yang dinyatakan agar apa yang kita lakukan sentiasa diberi perlindungan, kenikmatan dan keberkatan dari Allah SWT. Sukar apabila kita merasakan sukar melakukannya tapi mudah bilamana kita mahu untuk menjadikan satu amalan konsisten dalam hidup kita.


Read more >>

Khamis, 29 Mei 2014

DALAM MOOD YANG BAIK






Biarkan sahaja kita berada dalam mood yang baik. Jangan sama sekali dibiarkan mood yang berkeceramuk dan berserabut menguasai diri kita ketika melakukan jualan. Banyak kesan negatif yang boleh mengganggunya mengakibatkan kita tidak tenang dan gelisah sahaja. Mood yang tidak baik akan menyebabkan bakal pembeli atau pelanggan sudah pasti berat hati untuk berurusan dan berinteraksi dengan kita. Bila mereka enggan bagaimana kita mampu untuk tawarkan produk yang kita mahukan.

Eloklah kita menjaganya bagi memudahkan lagi melakukan jualan. Jangan kerana mood habis rosak binasa menjahanamkan karier jualan kita sendiri . Lenturkan dan pastikan mood kita berada dalam tahap dan ketikanya yang terbaik melakukan jualan kerana

i.             Kita pasti bergembira untuk melakukannya walaupun terdapat bantahan dan bangkangan jualan boleh berlaku dan terjadi

ii.           Tidak perlu nak fikirkan masalah yang bergelumang dalam diri kita sehingga boleh menjejaskan tindakan dalam menjual

iii.          Beri keyakinan dan tarikan pada orang yang berhadapan dengan kita

iv.          Lebih berkeyakinan dan berketerampilan dalam melakukan jualan dalam apa juga keadaan dan situasi yang berlaku dan terjadi

v.            Mampu membuahkan unsur-unsur yang harmoni, humor dan bergurau senda bila bersua dan berinteraksi

Sentiasa wujudkan mood yang baik dan bersahaja dalam melakukan jualan. Mood yang baik akan memberikan ketenangan, kesabaran dan kebaikan dalam kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan mereka. Jangan salahkan mereka kerana kita yang berkehendakkan mereka untuk menerima tawaran yang dikemukakan. Lakukan dengan ikhlas bukan lakonan semata-mata. Pasti sesuatu yang positif akan menjelma jua pada akhirnya.


Read more >>

Rabu, 28 Mei 2014

PENERAJU TIM JUALAN




Bukan senang dan mudah untuk menjadi seorang peneraju dan pemimpin dalam sesebuah tim jualan yang diterajui. Pasti banyak cabaran dan dugaan yang perlu di tempuh bagi memastikan setiap sasaran yang diberikan dapat dilakukan dan dicapai dengan sebaik yang mungkin. Ini belum lagi melayan karenah dan tabiat ahli-ahli atau kakitangan dalam tim jualan tersebut. Semuanya perlu dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

Menjadi pemimpin terbaik dalam sesebuah tim jualan ini terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan betapa berkualitinya kita sebagai pemimpin yang perlu mereka ikuti dan patuhi dengan hati yang terbuka. Antara tindakan-tindakan yang diperlukan adalah

i.             Sentiasa bersemangat
Dalam apa keadaan sekalipun cukup bersemangat untuk memimpin tim jualan yang diamanahkan. Kita bersemangat sudah pasti anak buah juga turut bersemangat dan begitulah sebaliknya. Walaupun apa pun yang berlaku tidak kira masalah dalaman atau luaran organisasi tersebut tetap sama juga semangat untuk melakukannya.

ii.           Keberanian
Apa juga yang berlaku dan terjadi, sebagai seorang pemimpin mesti mempunyai semangat juang yang tinggi menghadapi apa juga kemungkinan, cabaran dan dugaan yang mendatang. Berani bekerjasama dengan kakitangan bawahan, berani mengeluarkan arahan dan seterusnya berani untuk memaksa mereka melakukan jualan. Kita berani sudah pasti mereka akan turut sama berani seperti kita. Kita ini adalah contoh teladan kepada mereka. Kita kawal dan mengawal mereka tak tentu fasal sudah pasti jualan tidak ke mana dan akan merudum juga akhirnya begitu sahaja.

iii.          Keyakinan
Lakukan dengan keyakinan. Setiap apa yang diperkatakan adalah satu keyakinan yang memberikan impak yang besar kepada kakitangan yang lain. Yakin adalah satu contoh terbaik bagaimana untuk kita mengawal situasi dan bangkangan secara senyap dari mereka. Kita yakin sudah pasti tiada alasan atau ulasan yang perlu mereka berikan lagi kepada kita.

iv.          Integriti
Integriti menunjukkan kesungguhan kita melakukannya. Tanpa integriti kepercayaan orang bawahan mungkin sukar untuk mereka menerima kehadiran diri kita. Apa yang kita katakan , beri arahan dan kesungguhan kita  melakukannya pasti akan menjadi perangsang dan ikutan mereka terhadap kita. Kita peneraju tim jualan bermakna kita kena lakukan dengan sebaik mungkin.

v.            Minat yang mendalam
Lakukan saja tanpa minat umpama nak minum air kelapa tapi tak berminat nak mengambil buah kelapa. Nak minum air kelapa dengan puas kena  cari kelapa muda dan bukannya memerhati sahaja. Semuanya perlu dilakukan dengan minat bagi menyelesaikan apa yang diidamkan selama ini. Semuanya bermula dari dalaman kita, semakin kita berminat melakukannya bermakna semakin berminatnya kita untuk mendapatkan keputusan akhir menjadi satu realiti.

vi.          Pandai mengambil hati
Percanggahan pendapat, ketidakpuasan hati dan memarahi ahli dalam tim jualan kita sedikit sebanyak akan ada memberikan impak yang tidak baik kepada mereka. Apa juga yang berlaku sama ada berjaya atau tidak kita kena bijak dan cerdik untuk mengambil hati mereka semula walaupun terasa sukar dan susah sama sekali. Kerana itu sikap suka memaafkan orang dan bersabar dengan apa yang berlaku kena ada.

vii.        Mengawal emosi
Kawal emosi dengan sebaik mungkin. Tidak mudah marah, berlapang dada dan mudah juga menerima teguran yang diberikan mereka mengawal emosi dengan tenang, sabar dan tabah sama sekali. Selagi kita tenang selagi itu kita mampu mengawal pelbagai situasi yang mungkin berlaku di luar dari apa yang kita duga dan jangka.

Berikan yang terbaik bukan sebaliknya. Kehebatan mereka kehebatan dari kita juga. Kita penentu kejayaan tim jualan yang diamanahkan. Lakukan yang terbaik dan jangan pula mudah menyalahkan orang lain jika kegagalan terjadi ataupun berlaku. Teras mudah pula bangga diri ego tak tentu fasal jika kejayaan pula dapat di nikmati. Semuanya perlu diimbangkan dengan sebaik yang mungkin. Akui segera jika terdapat sebarang kesilapan atau kesalahan kerana kita manusia biasa sudah tentunya kita bukanlah seorang yang sempurna hidupnya. Per banyakkan berdoa mohon bantuan dan pertolongan dari Allah sentiasa agar apa juga yang kita buat dan lakukan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.


Read more >>