Salah satu perbuatan hebat dalam melakukan jualan di hadapan bakal pembeli atau
pelanggan adalah kita mampu memberikan penerangan dan pengetahuan yang penuh
tentang perbandingan kekuatan produk kita dengan produk pesaing. Apa juga yang
pesaing kita keluarkan produknya tetap kita ketahui di mana kelemahan dan
kekurangannya. Inilah yang perlu kita ketahui agar bakal pembeli atau pelanggan
mudah mengetahui dan segera melakukan perbandingan hasil dari apa yang kita
maklumkan. Walaupun mungkin akan terdapat betapa berat sebelahnya perbandingan
kita ke arah produk yang ditawarkan namun kepuasan mereka memperolehnya amat
bernilai buat mereka.
Perbandingan produk amat diperlukan bagi memberikan keyakinan kepada
mereka. Dari sinilah nampak wujudnya betapa kuatnya produk kita di pandangan
mata mereka. Kita dengan serta merta menjadi serba tahu dan hebat memperkatakan
apa hebatnya produk kita jika dibandingkan dengan apa kurangnya produk pesaing.
Bukan semuanya bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui tahu 100% produk
pesaing. Yang penting apa yang kita sampaikan adalah betul, benar, diterima
logik akal, tiada unsur penipuan dan menekan mereka di samping menyatakan
keikhlasan kita untuk membantu dan menolong diri mereka.
Inilah kehebatan seseorang yang menjual jika perbandingan dengan produk
pesaing dapat dikemukakan. Satu kelebihan yang perlu dipergunakan dengan sebaik
yang mungkin. Sekurang-kurangnya perbandingan produk yang dinyatakan ini kalau
dapat dilakukan semasa menjual pasti akan memberikan kepada kita
i.
Mudah meyakini dengan apa yang kita
perkatakan
ii.
Sekurang-kurangnya membantu mereka
melakukan satu keputusan yang boleh berpihak kepada kita
iii.
Menyenangkan kefahaman mereka tentang
produk yang ditawarkan
iv.
Memberi satu nilai tambah kepada diri kita
dalam menjual
v.
Mudah memberikan rumusan yang terbaik di mana
segala kelebihan dan kekuatan produk yang ditawarkan
vi.
Memberi sesuatu yang positif tentang produk
kita di mata mereka
vii.
Mampu mencuri tumpuan mereka kepada kita
viii. Menunjukkan
kita adalah seorang yang sentiasa peka pada produk-produk pesaing yang mana
boleh memberikan kelebihan dan pulangan yang maksimum kepada mereka
Pergunakan sebaik mungkin. Bukan nak ambil keuntungan atas kelemahan mereka
yang tidak mengetahuinya tetapi sekurang-kurangnya kita mampu memberikan satu
gambaran kepada mereka betapa hebatnya produk kita jika dibandingkan dengan
produk pesaing walaupun kadang-kadang produk kita sebenarnya tidak ke mana pun
hebatnya. Asalkan niat kita betul dan mahu membantu orang, lakukan dengan
sebaik yang mungkin. Kebanyakan mereka yang menerima tawaran bukanlah kerana
hebatnya produk yang ditawarkan tetapi sebenarnya adalah kerana betapa hebatnya
kita memberikan penerangan kepada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan