Antara cabaran dalam menjual adalah
terpaksa menghadapi cabaran bangkangan dan penolakan dalam jualan. Sekiranya
telah melakukan penerangan demi penerangan menerangkan perkara yang sewajarnya
walaupun berlaku dan terjadi bangkangan dan bantahan namun pada akhirnya
diterima juga tidaklah berasa hati sangat. Apa yang merisaukan kita adalah
apabila terjadinya penolakan daripada mereka yang kita temui. Memang
menghampakan dan memenatkan tapi nak buat macam mana. Pilihan di tangan mereka
kita pula telah berusaha dengan sepenuh daya dan tenaga.
Terimalah dengan hati yang terbuka. Bukan
semuanya berlaku yang indah-indah dan cantik sahaja. Semua sudah suratan
takdir. Selagi kita telah berusaha tapi masih lagi belum menerima penutupan
jualan yang dimahukan bukan bermakna kita telah gagal dalam menjual. Semuanya
mesti ada sebabnya dan kenapanya. Kenal pasti segera kenapa penolakan boleh
berlaku dengan cara
i.
Muhasabah sentiasa
Jangan pandang remeh muhasabah ini, semak dan semak semula tanpa jemu apa
tindakan yang telah kita lakukan untuk diperbaiki semula. Kita manusia
sememangnya terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki dan dipulihkan. Jangan
mendabik dada merasakan apa yang kita lakukan adalah yang terbaik. Sentiasa
bersedia melakukan semakan secara terperinci di mana kelemahan dan kesukaran
dalam melakukannya boleh dikenal pasti sewajarnya.
ii.
Mohon pada Allah per mudahkan
Allahumma Yassir wala Tua`ssir Ya Kareem .
Per mudahkanlah ya Allah , Jangan Susahkan Urusan kami. Walaupun apa juga
keadaan dan situasi yang kita hadapi tetap tabah menghadapinya tanpa perlu
adanya rasa mudah kecewa dan putus asa. Hanya Allah tempat kita bergantung dan
hanya pada Allah tempat kita memohon segala-galanya segala bantuan dan pertolongan
dari Nya.
iii.
Sentiasa lakukan latihan
Latihan secara lakonan semula ‘Role play’ amat efektif untuk dilaksanakan
dengan kawan-kawan yang sama tugasannya dengan kita. Melancarkan lagi
pertuturan kita, mimik muka dan pergerakan tubuh badan boleh dilatih menjadi
lebih sempurna. Di takdirkan tiada teman boleh juga kita melakukan latihan di
depan cermin rumah kita. Cuma bezanya apabila berlatih secara berseorangan
ulasan dan teguran tiada siapa yang boleh memberikan pandangan akan apa-apa
kelemahan yang timbul.
iv.
Pelajari kesilapan yang dilakukan
Lebih mematangkan lagi tindakan kita apabila kita mudah menerima setiap
kegagalan yang dilalui sebagai satu pelajaran yang perlu diambil pengajaran dan
iktibar. Pelajari kesilapan yang dilakukan dengan hati yang terbuka. Guna logik
akal agar apa juga kesilapan dan
kesalahan yang dilakukan dapat diperbaiki segera untuk tidak diulangi semula sama
sekali.
v.
Dalami lagi ilmu
Jangan berhenti belajar dan mendalami ilmu pengetahuan. Semakin kita
berilmu semakin yakin untuk kita melakukannya mencari kesempurnaan melakukan jualan
dan menjual. Bezakan dengan per tingkatkan ilmu yang ada tidak kita dari mana
sumbernya sama ada melalui pembacaan, pendengaran, penglihatan mahupun
berkongsi maklumat dengan orang yang berjaya dan berpengalaman. Tidak salah berkongsi
ilmu demi manfaat semua.
Sekali kita gagal bukan bermakna kita gagal
selama-lamanya. Hadapi dengan hati yang terbuka dan bukannya merasa kecewa dan
putus asa selama-lamanya. Sekali penolakan yang berlaku sepuluh lagi yang bakal
menunggu untuk menerima tawaran kita asalkan kita pandai sasarkan bakal pembeli
atau pelanggan dengan tepat dan sepatutnya. Berikan komitmen yang tinggi
apabila melakukan jualan agar ada kesungguhan dan kegigihan kita dalam
melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan