Tidak dinafikan mempunyai ikatan persahabatan kepercayaan yang menebal
dalam diri kita amat-amat diperlukan dan dituntut oleh mereka yang melakukan
jualan. Jualan terasa amat memudahkan untuk menjual andai kata jalinan persahabatan
dan persaudaraan telah terbentuk dan terbina. Tawarlah apa juga sekalipun pasti
penerimaan yang tinggi dan mudah akan mudah terlaksana akhirnya. Paling tidak
sekalipun berlaku pasti mereka akan syorkan pula pada kenalannya pula untuk
menerima tawaran yang dikemukakan.
Namun apa yang diharapkan bukan mudah untuk disempurnakan. Mengharapkan
jalinan persahabatan dapat dijalinkan namun kegagalan pula yang diperoleh.
Kecundang terus-terusan menjadikan semakin payah untuk dilakukan apatah lagi untuk
dilaksanakan. Walaupun silaturahim mungkin terjadi namun keakraban dengan
mereka cukup sukar pula dijalinkan. Hanya mengenali nama dan dirinya sahaja
tapi untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi seolah-olah terdapat satu
halangan pula yang berlaku dan terjadi. Semuanya musnah begitu sahaja tanpa
tidak diketahui apa punca sebenarnya kenapa kegagalan yang berlaku dan terjadi.
Mungkin perkara-perkara berikut antara penyebab utamanya kenapa sukar
sangat perhubungan yang akrab dan intim tidak mudah berlaku. Antaranya mungkin
kerana
i.
Tiada keyakinan langsung untuk kita
berhubung dan berkawan baik dengan mereka
ii.
Terlalu memilih siapa sepatutnya menjadi
kawan sebenar kita walaupun dalam dunia jualan sekalipun
iii.
Terasa diri kita bukan setaraf dengan diri
mereka
iv.
Asyik mahu berada dalam zon selesa sahaja
sampaikan kita takut untuk menerima kegagalan
v.
Belum apa-apa kita terlalu yakin penolakan
daripada mereka walaupun pernah dicuba lagi
vi.
Terlalu yakin dengan apa yang kita mahu
lakukan sehingga membuatkan mereka mudah meluat pula dengan mereka
vii.
‘timing’ yang mungkin tidak kena dengan
kehendak mereka
viii. Terlalu emosi
apabila kita berinteraksi
ix.
Terlalu berhati-hati dengan tindakan yang dilakukan sehingga
mereka sukar pula berkomunikasi dengan kita
x.
Kepercayaan yang terlalu banyak sekatannya
xi.
Tidak berani langsung memberikan komitmen
kepada mereka
xii.
Strategi untuk menawan hati mereka mungkin
kurang berkesan
xiii. Taktik dan
teknik yang mungkin tidak bersesuaian dengan mereka
xiv. Kita telah
mengabaikan proses jualan yang patut dilaksanakan
xv.
Mungkin semua di atas atau sebahagian daripadanya
Perbaiki segera jangan dibiarkan. Jangan di tangguh dan membuang masa
begitu sahaja. Lakukan segera bina networking seramai yang termampu kerana
melalui mereka jugalah bantuan untuk mendapatkan pelanggan yang lain boleh
dinikmati. Lakukan dengan sebaik yang mungkin dengan keikhlasan dan kesungguhan
yang boleh secara berhemah dan bersopan. Sekali kita membantu dan menolong
orang akan ramailah pula orang yang akan membantu kita pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan