Sedarilah bahawa jika terdapat sebarang kecacatan dalam diri sekalipun bukan bermakna kita tidak mampu
menjalankan jualan dan perniagaan. Jualan adalah satu bidang pada siapa pun
boleh melakukannya. Jangan berikan sebarang alasan dan ulasan atas kecacatan yang
ada tapi sebenarnya memberikan satu kelebihan dan kekuatan agar bidang yang
diceburi ini masih mampu untuk dilakukan.
Tiada siapa pun yang mahukan adanya sebarang kecacatan dan kekurangan dalam
diri sendiri. Semuanya mahukan kesempurnaan dan kehebatan yang ada seperti mana
orang lain. Jika terdapat sebarang kekurangan atau kelemahan pasti menganggap
ia nya sebagai satu halangan dan rintangan yang pasti tidak memberikan keizinan
bagi kita untuk bertindak lebih jauh. Inilah yang merisaukan dan mengakibatkan kita
akan terasa makin sukar untuk melakukan dengan lebih baik lagi.
Jangan di hairankan lagi. Semuanya ini telah dibuktikan lagi pada zaman
Rasulullah SAW lagi bahawa sebarang kecacatan dan kekurangan bukan satu alasan
kukuh untuk tidak mahu dilakukan. Ini telah dibuktikan oleh seorang sahabat
Rasulullah SAW yang bernama Abdullah Ummi Maktum yang mata penglihatannya
adalah buta kedua-duanya. Walaupun buta namun Abdullah Ummi Maktum adalah orang
buta yang pertama dalam Islam yang turut menyertai berperang dalam sejarah
peperangan Islam. Ini terbukti pada perang Qadisiyah di mana beliau telah
diberikan kepercayaan membawa panji pasukan berwarna hitam. Seorang wira perang
yang melihat dan menyaksikan peperangan melalui mata hatinya sahaja. Itulah
keistimewaannya. Biarpun buta matanya
dan bukan pada mata hatinya. Beliau juga adalah seorang yang banyak menghafal
isi Al-Quran dan Hadis Rasulullah.
Begitulah hebatnya seorang sahabat Rasulullah yang buta kedua-dua matanya.
Jadikanlah kisah ringkas tentang Abdullah Ummi Maktum sebagai satu sumber
inspirasi dan motivasi buat diri kita agar jika ada sekalipun kekurangan dalam
diri kita sekalipun jangan dijadikan sebagai satu alasan kukuh untuk tidak
dapat melakukannya. Tanamkan dalam diri kita setiap apa juga yang berlaku
adalah sebagai satu cabaran yang perlu di hadapi dan ditempuhi dengan
ketabahan, kecekalan, ketenangan dan kesabaran yang tinggi. Tiada siapa pun
yang boleh mengganggu gugat kehendak kita asalkan kita ada kemahuan dan
kehendak yang kuat untuk melakukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan