Ada situasi apabila menjual secara harmoni
dan menyenangkan boleh berlaku dan terjadi. Jangan pula menyangka bahawa
situasi yang tenang dan menyeronokkan sudah tentu tiada gangguannya. Mungkin
kalau berseorangan dengan bakal pembeli atau pelanggan yang ditemui tiada
masalahnya. Bagaimana pula kalau kita bertemu dengan sekumpulan orang untuk
kita tawarkan produk? Tentu ada pelbagai ragam dan kerenah yang terpaksa kita
hadapi dan lalui sama sekali.
Paling dirasakan tak tertahan dalam kita
melakukan jualan, tiba-tiba sahaja ada seseorang yang mungkin boleh mengganggu
konsentrasi kita melakukan jualan. Habis diganggu dan dikacaunya kita
seolah-olah menguji kesabaran kita. Boleh kawal kesabaran dan ketenangan syukur
alhamdulillah hanya dikhuatiri kita gagal mengawal emosi dan perasaan kita
sahaja. Memang mudah sangat hati merasa panas bila ada orang yang mengganggu
dan cuba mengawal kita dari berinteraksi untuk menjual tapi setakat mana boleh
kita jaga dan kawal? Inilah persoalan yang perlu untuk kita ketahui dan fahami.
Inilah yang perlu kita kawal dan jaga
dengan sebaik yang mungkin. Segala perbuatan kita di perhati oleh mereka
termasuk bakal pembeli atau pelanggan yang kita sasarkan. Lakukan tindakan
sewajarnya agar segala gangguan dan kekacauan akhirnya dapat kita hadapi sebaik
mungkin dengan cara
i.
Banyakkan bersabar dan
bertenang. Biarkan sahaja terima dengan hati yang terbuka apa yang terjadi dan
berlaku. Sentiasa menguntum senyuman agar tidak kelihatan emosi kita terganggu apa
tah lagi bermasam muka begitu sahaja.
ii.
Biarkan dia bercakap
walaupun berjela-jela panjangnya. Kita tahu kehadirannya mengganggu tugasan
kita tapi mana tahu banyak cakapnya tiba-tiba sahaja menyokong pula jualan
kita. Semuanya boleh terjadi tanpa kita duga dan syak.
iii.
Dengar dengan teliti apa
yang diperkatakan. Mungkin dari apa yang diperkatakan rupanya memberi ruang dan
peluang untuk kita menjual sama kepada diri nya pula. Yang penting tahu menghidu
setiap oportuniti yang hadir dan menjelma.
iv.
Fikirkan kaedah dan cara
yang terbaik untuk atasi tanpa perlu meninggi suara menyakitkan hati kita dan
hati mereka. Pendekatan secara berhemah dan bersopan perlu sentiasa ada agar
perkara-perkara yang negatif mampu untuk kita hindarkan.
v.
Set kan temu janji yang
lain andai kata gangguan yang berlaku telah gagal kita kawal dan lakukan.
Beralah bukan bermakna kalah tapi berundur dahulu agar keadaan yang berlaku
boleh kita redakan memberi ketenangan terlebih dahulu.
vi.
Berdoa pada Allah jangan
diabaikan. Minta pada Allah agar dipermudahkan dan menyenangkan segala
perbuatan dan tindakan kita.
Jangan putus asa dan mudah kecewa. Hadapi
dengan tenang dan sabar. Anggaplah sebagai satu ujian Allah yang terpaksa kita
lalui. Mungkin ada hikmah nya untuk mematangkan kita lagi dalam melakukan
jualan dan penawaran. Kena buat dah
pasti kena buat, cuma jangan mudah berhenti di tengah jalan. Berikan sahaja
yang terbaik agar keputusan akhir menjadi milik mutlak kita juga akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan